Anda di sini

RTM punya peranan penting sampaikan berita kepada rakyat

Advertisement
JAUJAN (kiri) bersalaman dengan kakitangan RTM ketika tiba dimajlis itu.
JAUJAN (kiri) bersalaman dengan kakitangan RTM ketika tiba dimajlis itu.

PENAMPANG: Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa memainkan peranan penting kepada kerajaan bagi menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, walaupun kerajaan telah berubah tetapi peranan yang dimainkan RTM masih kekal.

"RTM juga sentiasa dekat dihati Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana sentiasa membantu kerajaan.

"Selain itu RTM juga mempunyai peranan penting dalam menyampaikan suara kerajaan kepada rakyat," katanya dalam Majlis Iftar RTM Bersama Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, di sini hari ini.

Beliau turut menjemput semua pihak termasuk RTM bersama-sama menyatukan rakyat di negeri ini, Malaysia serta majukan negara.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking.

  • oleh
  • Advertisement