Anda di sini

Lori ikan terbalik di Jalan Telupid

Advertisement
GAMBAR lori dan ikan bertaburan di tepi jalan selepas terbabas di Jalan Telupid-Ranau awal pagi tadi.
GAMBAR lori dan ikan bertaburan di tepi jalan selepas terbabas di Jalan Telupid-Ranau awal pagi tadi.

TELUPID: Seorang peniaga mengalami kerugian hampir ribuan ringgit apabila lori ikan yang dipandunya terbalik di Kilometer 6 Jalan Telupid-Ranau di sini awal pagi tadi.

Kejadian terbabit turut menyebabkan kira-kira 800 kilo ikan yang dipercayai hendak dibawa ke Kota Kinabalu tumpah di tepi jalan berkenaan.

Menurut salah seorang pengguna jalan raya yang enggan dikenali berkata kejadian berlaku apabila lori terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas apabila melalui selekoh jalan.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Rastam Keladi semasa dihubungi berkata tiada operasi dilakukan berikutan tiada panggilan kecemasan diterima berhubung kejadian.

  • oleh
  • Advertisement