Anda di sini

MPP perkenal pelaksanaan program pengasingan, memaksimumkan sisa

Advertisement

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah memperkenalkan pelaksanaan program pengasingan dan memaksimumkan sisa sebagai sebahagian daripada Local Key Result Area (LKRA) iaitu inisiatif di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di pasar Kota Sentosa semalam.

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang telah mengedarkan surat bagi memohon kerjasama daripada 55 peniaga dan penjaja di pasar itu bagi tujuan pelaksanaan program terbabit yang telah mula diperkenalkan sejak 1 Mei lepas oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Antara lain tujuannya adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan penjaja dan menyertai program tersebut di sini dalam usaha mempertingkan tahap kebersihan dan alam sekitar,” katanya sewaktu mengedarkan surat tentang pengasingan dan memaksimumkan sisa buangan di Kota Sentosa kepada penjaja dan peniaga di pasar Kota Sentosa semalam.

Pada masa yang sama beliau turut menambah bahawa ia merupakan dalam usaha PBT mengenal pasti kuantiti yang dibuang oleh sesebuah pasar dan mengurangkan kesan pencemaran menerusi inisiatif hijau.

Justeru katanya, MPP telah melantik Fly Technology Agriculture Sdn Bhd yang turut dikenali sebagai ‘WormingUp’ untuk menjalankan pelbagai program dan kempen kesedaran kepada kumpulan sasar.

Katanya sisa biodegradasi dari pasar tersebut akan dirawat, dikitar semula untuk membuat baja kompos.

“Projek pengasingan sisa tersebut melibatkan bahan biodegradasi seperti sisa sayur atau buahan-buahan, sisa ikan atau daging termasuk barang-barang yang boleh dikitar semula seperti kotak, surat khabar atau kertas, bekas plastik, tin aluminium dan minyak terpakai.

“Penjaja perlu mengasingkan sisa berkenaan yang berbeza di dalam tong yang telah disediakan kerana ia akan dikumpulkan ke tempat pengumpulan oleh pekerja WormingUp setiap hari, tegasnya.

Advertisement