Anda di sini

Beli Shell Rimula peluang menang lawatan ke Dubai

Advertisement
 Stephen (enam kiri) dan Kon bersama yang lain menunjukkan tanda bagus semasa pelancaran jerayawara Shell Rimula Global di KTS Trading Sdn Bhd cawangan Miri semalam.
TERBAIK: Stephen (enam kiri) dan Kon bersama yang lain menunjukkan tanda bagus semasa pelancaran jerayawara Shell Rimula Global di KTS Trading Sdn Bhd cawangan Miri semalam.

MIRI: Pengedar minyak pelincir Shell terkemuka Sarawak, KTS Trading Sdn Bhd memulakan jerayawara Shell Rimula Global yang pertama di sini pada 8 dan 9 Jun.

Pengurus Cawangan KTS Trading Sdn Bhd cawangan Miri, Stephen Chiew Chin Nguong berkata, acara yang sama akan diadakan di Bintulu, Sibu dan Kuching pada Jun dan Julai manakala di Miri ia diadakan di premisnya di Jalan Gardenia semalam mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Sepanjang promosi bermula 1 April hingga 31 Julai tahun ini, pelanggan yang membeli Shell Rimula R6, Rimula R5 atau Rimula R4 X layak untuk menyertai pertandingan di mana tujuh pemenang bertuah akan diterbangkan ke Dubai.”

“Hadiah termasuk semua perbelanjaan empat hari tiga malam ke Dubai pada 13 hingga 17 Nov tahun ini,” katanya semasa sidang media di premis KTS Trading Sdn Bhd dekat sini semalam.

Hadir sama Pengurus Akaun Indirect Channel Shell Timur Sdn Bhd, Kon Thiam Sen dan kakitangan KTS Trading Sdn Bhd yang lain.

Stephen menambah, pemenang bukan hanya melawat salah satu bandar ikonik di dunia malah mengalami sendiri cabaran pemanduan yang unik di sana.

Katanya, semasa jerayawara KTS turut membuat tawaran menarik untuk  produk pelincir premium Rimula. Hadiah percuma turut diberikan kepada pelanggan Shell sebagai penghargaan di atas sokongan berterusan.

KTS Trading Sdn Bhd merupakan pengedar Shell terkemuka di Sarawak selama 49 tahun dan amat komited dalam menyediakan penyelesaian pelincir dalam semua keperluan industri.

Shell pula merupakan pembekal global nombor satu di peringkat global dalam tempoh 11 tahun berturut-turut.

Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan produk minyak pelincir dengan menghubungi KTS Trading Sdn Bhd cawangan Miri di talian 085 417133.

Advertisement