Anda di sini

‘Jerayawara Vinda’ di Everrise Vivacity 8 hingga 17 Jun

Advertisement
 (dari kiri) Penolong Eksekutif Everise Vivacity, Alex Kong, Pengurus Stor, Jessie Hee, Jurujual Kumpulan Vinda, Jee Nam Fung, Eksekutif Jenama, John Chai, Chiang Geok Pheng dan Promoter Ho Phui Ling memperkenalkan jerayawara Vinda kepada orang ramai.
GANJARAN: (dari kiri) Penolong Eksekutif Everise Vivacity, Alex Kong, Pengurus Stor, Jessie Hee, Jurujual Kumpulan Vinda, Jee Nam Fung, Eksekutif Jenama, John Chai, Chiang Geok Pheng dan Promoter Ho Phui Ling memperkenalkan jerayawara Vinda kepada orang ramai.

KUCHING: Everrise Vivacity akan mengadakan ‘Jerayawara Vinda’ bermula 8 hingga 17 Jun ini, untuk memberi ganjaran kepada pelanggannya.

Dengan setiap pembelian produk Vinda bernilai RM20 ke atas dalam satu resit, pelanggan akan layak untuk mendapat tisu tandas Vinda secara percuma.

Manakala bagi pembelian RM50 ke atas, pelanggan akan menerima satu set tisu tandas Vinda secara percuma.

Malah, pelanggan juga berpeluang membawa balik hamper Vinda jika membuat pembelian produk Vinda bernilai RM80 ke atas dalam satu resit.

Untuk maklumat lanjut, sila semak di Everrise Vivacity.

Advertisement