Anda di sini

Depo senjata meletup di Sadr, 16 terbunuh

Advertisement

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 16 orang maut dan puluhan lagi cedera selepas sebuah depo senjata meletup dalam daerah Kota Sadr di ibu negara Iraq lewat kelmarin, kata sumber perubatan dan keselamatan.

“Sebuah depo senjata meletup. Pasukan keselamatan telah membuka inkuiri untuk menentukan puncanya,” pemerintah operasi kese-lamatan di Baghdad menyebut dalam satu kenyataan.

Sumber polis kanan yang enggan dikenali memberitahu AFP bahawa letupan itu disebabkan oleh senjata berat, termasuk peluru dan bom roket, milik sebuah kumpulan bersenjata dan disimpan dalam sebuah rumah.

Dia berkata sekurang-kurangnya 16 orang maut dan kira-kira 32 lagi cedera dalam letupan itu.

Sumber perubatan berkata letupan berlaku berhampiran sebuah masjid Syiah dalam daerah berkenaan di timur laut Baghdad. — AFP

Advertisement