
LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan menyerahkan bantuan wang zakat berjumlah RM499,870 kepada Hospital Nukleus.
Ia melibatkan bantuan untuk Peralatan Pembedahan Katarak Hospital Labuan sebanyak RM499,750, Tabung Kebajikan Perubatan Hospital Labuan (RM50,000) dan bantuan Pesakit Wad Hospital Labuan (RM20,000).
Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Haji Abdul Aziz Jusoh berkata, pada tahun ini pihaknya juga telah memperuntukkan sebanyak RM261,800 untuk Skim Bantuan Perubatan Am dan RM146,700 untuk Skim Bantuan Peralatan
Kesihatan yang bertujuan meringankan beban kewangan asnaf untuk mendapatkan rawatan.
Majlis penyampaian bantuan wang zakat itu disempurnakan oleh Abdul Aziz kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan Dr Ismoni Bohari di Bilik Mesyuarat Hospital Nukleus Labuan.
Turut hadir, Pengarah Hospital Labuan Dr Adnan Musa Balidran dan Pengurus MAIWP Labuan Ustaz Ahmad Saifuddin Haji Md Tahir.