Anda di sini

Pengacara, penerbit Sukan Tak Sentral bebas tuduhan hina Watson Nyambek

Advertisement
(dari kiri) Azizul, Abdul Ghani, Orlando dan peguam pemerhati, Umi Farhana merakamkan kenangan di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Sibu di akhir perbicaraan kes, petang tadi.
(dari kiri) Azizul, Abdul Ghani, Orlando dan peguam pemerhati, Umi Farhana merakam kenangan di pintu masuk Kompleks Mahkamah Sibu di akhir perbicaraan kes, petang tadi.

SIBU: Mahkamah Majistret di sini hari ini membebas serta melepaskan pengacara dan penerbit rancangan Sukan Tak Sentral daripada tuduhan menghina bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Majistret Saiful Sayoti membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwa raya gagal membukti kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir perbicaraan kes. 

Pengacara rancangan Sukan Tak Sentral, Azizul Ammar Abu Hassan, 31, dan penerbit rancangan, Abdul Ghani Mokhtar, 42, kelihatan berpelukan antara satu sama lain di dalam kandang tertuduh sebaik keputusan itu dibacakan.

Kedua-dua mereka diwakili oleh peguam Orlando Chua sementara pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Zulfadhli Tuah.

Mengikut pertuduhan sebelum ini, Azizul dan Abdul Ghani didakwa menghina Watson pada 22 Mei, 2017, kira-kira jam 11.30 pagi di sebuah hotel di Jalan Wong King Huo.

Dalam rancangan yang disiarkan itu ketika menyebut nama 'Watson Nyambek' seakan menyamakan bapak Watson, yang meninggal dunia tiga tahun lepas, dengan binatang.

Sehubungan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 
 

  • oleh
  • Advertisement