Anda di sini

Susulan 0% GST, Siti Payung Miri turunkan harga kek lapis

Advertisement
 Kelihatan ‘roll’ pelbagai jenis kek lapis Sarawak keluaran Siti Payung Miri turut dijual pada harga  0% GST dan lebih murah berbanding harga kadar 6% GST.
TURUN HARGA: Kelihatan ‘roll’ pelbagai jenis kek lapis Sarawak keluaran Siti Payung Miri turut dijual pada harga 0% GST dan lebih murah berbanding harga kadar 6% GST.
 

MIRI: Harga barangan terutamanya kek lapis Sarawak menjadi semakin murah apabila kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Pengusaha kek lapis Sarawak dari Siti Payung Miri Matassan Rohani berkata, pihaknya turut menurunkan harga kek lapis bagi mengurangkan beban pelanggan yang membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

“Bahan-bahan untuk membuat kek lapis menyaksikan terdapat penurunan namun harga bagi mentega, ‘Ovalette’ dan perisa masih kekal, kita tetap menjual pada harga sifar GST,” katanya di sini semalam.

Matassan mengakui, 0% GST akan memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk membeli kek lapis Sarawak keluaran Siti Payung Miri.

“Kita masih mengutamakan kuasa membeli pelanggan dengan menurunkan harga kek lapis bersesuaian dengan pelaksanaan 0% GST agar mereka dapat membeli lebih banyak kek berbanding harga pada kadar enam peratus GST,” jelasnya.

Matassan berkata, penurunan harga bahan-bahan kek lapis Sarawak lebih dirasai apabila membeli dalam kuantiti yang banyak.

“Penurunan harga barangan mampu mengurangkan beban orang awam terutamanya menjelang musim perayaan tidak lama lagi dan menjimatkan perbelanjaan isi rumah,” jelasnya.

Berkongsi pandangan sama, Hafiz Rohani berkata, jualan kek lapis Siti Payung dijangka meningkat menjelang 10 Ramadan terakhir.

“Harga kami masih sama dan ketiadaan GST ini akan lebih memudahkan pengiraan transaksi jual beli, sekali gus membantu perkembangan jualan kek lapis Sarawak,” jelasnya.

Bahkan jelasnya, jualan akan lebih meningkat pada saat-saat akhir kerana pelanggan lebih gemar membuat persiapan terakhir antara tiga atau empat hari sebelum ketibaan Syawal.

Antara kek yang dijual pada harga RM20 ialah ‘roll’ masam manis, bunga api, citra, kek pandan, sementara ‘roll’ KitKat, Cadbury dan Kinder Bueno dijual pada RM25.

  • oleh
  • Advertisement