Anda di sini

Persedian positif ke Perak

Advertisement

Skuad olahraga Sukma Sabah menang  6-5-4 di Terbuka Filipina


KOTA KINABALU: Skuad olahraga Sukan Malaysia (Sukma) Sabah menunjukkan persediaan positif dengan meraih enam pingat emas, lima perak dan empat gangsa pada Kejohanan Olahraga Jemputan Terbuka Filipina.

Lebih menggembirakan, tujuh atlet telah mencatat rekod peribadi terbaik pada kejohanan yang berlangsung di Bandaraya Ilagan pada 31 Mei hingga 4 Jun itu.

Pengurus pasukan Olahraga Sabah, Ali Aman.
PENGURUS pasukan Olahraga Sabah, Ali Aman.

Pemenang pingat emas terdiri daripada Camelia Jasten dalam acara 400m wanita (62.03s), Zaidi Khani Kanisius (400m junior lelaki - 50.55s), Muhammad Eizlan Dahalan (lompat tinggi lelaki - 2.10m), pasukan 4x100m wanita (Halimatul Saadiah, Chelsea Casopea, Puteri Nur Safira, Ikma Syafiera Duris - 49.61s), pasukan 4x400m wanita (Camelia, Chelsea, Puteri dan Ikma - 4:12.62s) dan pasukan 4x400m lelaki (Riksi Tahir, Sharimien Saimoh, Zaidi dan Din Norbik - 3:19.07s).

Pingat perak dimenangi Brynoth Alarick Larry (lontar peluru lelaki - 14.32m), Puteri (400m wanita - 62.92s), Halimatul (100m lari berpagar wanita - 15.93s), Andre Anura (lompat kijang lelaki - 15.57m) dan Din Norbik (100m - 11.18s).

Pingat gangsa pula dimenangi Zulkifli Sadin (lontar peluru lelaki - 14.09m), Karmentina Nadia (100m lari berpagar wanita - 15.97s), Marlin Hing (1500m wanita- 5:36.64s) dan Jatifah Gesikin (400m lari berpagar wanita - 69.60s).

Pasukan 4x400m wanita Sukma Sabah menang emas di Terbuka Filipina, (dari kiri - Camellia, Chelsea, Puteri dan Jatifah).
PASUKAN 4x400m wanita Sukma Sabah menang emas di Terbuka Filipina, (dari kiri - Camellia, Chelsea, Puteri dan Jatifah).

Catatan yang dilakukan Zaidi (400m junior), Brynoth (lontar perluru), Zulkifli (lontar peluru), Jatifah (400m lari berpagar) dan Marlin (1500m) juga merupakan rekod peribadi terbaik masing-masing.

Shahrimien dan Riksi turut mencatat rekod peribadi terbaik walaupun gagal meraih pingat dalam acara 400m. Shahrimien mencatat 47.94s dan Riksi 48.75s.

"Ia adalah pencapaian yang menunjukkan persediaan kita menghadapi Sukma Ke-19 Perak 2018, September depan berada di landasan yang positif. Saya harap graf peningkatan prestasi atlet kita ini akan berterusan.

"Ia adalah tindakan yang baik oleh KBSS (Kementerian Belia Dan Sukan Sabah) dan MSN (Majlis Sukan Negeri Sabah) menghantar atlet menjalani latihan dan menyertai pertandingan di Filipina sebagai persiapan menghadapi Sukma," kata pengurus pasukan, Ali Aman ketika dihubungi di Filipina pada Selasa.

Skuad olahraga Sukma Sabah ke Filipina itu terdiri daripada 22 atlet yang dihantar secara berperingkat bermula 7 Mei lalu. Mereka dijadualkan balik ke sini hari ini.

Skuad Olahraga Sukma Sabah yang menyertai dan menang enam emas, lima perak dan empat gangsa di Terbuka Filipina.
SKUAD Olahraga Sukma Sabah yang menyertai dan menang enam emas, lima perak dan empat gangsa di Terbuka Filipina.

Ia adalah persiapan fasa pertama dan dijadualkan akan balik semula ke Filipina untuk persiapan fasa dua dan akhir pada Ogos sebelum menghadapi Sukma Perak.

"Kami berterima kasih kepada KBSS dan MSN Sabah serta semua yang terlibat membantu persiapan skuad olahraga Sukma kita termasuk membolehkan kami menjalani latihan pusat dan mendapat pendedahan pertandingan di Filipina," kata Ali sambil turut berteima kasih kepada layanan baik Mayor Ilagan sepanjang penyertaan mereka pada Terbuka Filipina.

  • oleh
  • Advertisement