Anda di sini

Neymar semakin pulih dari kecederaan, kata Danilo

Advertisement
 Neymar (dua kiri) tiba bersama rakan sepasukan untuk menghadiri sesi latihan skuad Brazil di London England kelmarin. — Gambar Reuters
SEMAKIN PULIH: Neymar (dua kiri) tiba bersama rakan sepasukan untuk menghadiri sesi latihan skuad Brazil di London England kelmarin. — Gambar Reuters

LONDON, England: Bintang antarabangsa Brazil, Neymar, semakin cergas setiap hari ketika penyerang kelab Paris Saint Germain (PSG) itu pulih dari kecederaan retak tulang tapak kaki, menurut rakan sepasukannya Danilo semasa kem latihan Piala Dunia 2018 di London Rabu lepas.

Neymar mengalami kecederaan pada bulan Februari dan masih belum bermain satu perlawanan kompetetif sejak tempoh itu, dengan dua minggu lagi sebelum sepak mula Piala Dunia di Rusia.

“Beliau semakin meningkat setiap hari, semakin pantas, semakin lincah dan semakin sukar untuk dihadapi,” kata Danilo, yang beraksi untuk kelab Manchester City di England dan mengenali Neymar ketika masih di kelab Santos sebelum ini.

“Beliau sangat pantas di mana anda tidak tahu sama ada mahu ke kiri, ke kanan, ke hadapan atau ke belakang,” kata Danilo.

“Kami berharap beliau akan cergas sepenuhnya dan bersedia untuk beraksi.”

Brazil akan bermain perlawanan persahabatan menentang Croatia di Liverpool pada 3 Jun dan kemudian menentang Austria di Vienna pada 10 Jun sebelum memulakan kempen Piala Dunia 2018 menentang Switzerland pada 17 Jun.  — AFP

Advertisement