Anda di sini

Bantah pihak yang cuba mengubah dasar kemasukan pelajar ke UiTM

Advertisement
MAZLAN
MAZLAN

KOTA KINABALU : Naib Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Mazlan Joehari Manan membantah tindakan segelintir pihak yang cuba mengubah dasar kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau berkata keistimewaan tersebut tidak seharusnya diubah kerana ia merupakan institusi khusus bagi membantu pelajar Bumiputera melanjutkan pendidikan bagi bersaing dengan pelajar bukan bumiputera.

"Kami tidak bersetuju dan membantah sekerasnya jika ada pihak yang cuba untuk mengubah dasar kemasukan pelajar ke UiTM.

"UiTM adalah salah satu institusi terpenting dalam negara yang diberi keistimewaan kepada pelajar Melayu dan Bumiputera untuk meningkatkan tahap pendidikan dengan matlamat untuk merapatkan jurang tahap pendidikan di antara Bumiputera dan bukan bumiputera di negara ini, " katanya kepada Utusan Borneo.

Jelas beliau lagi, sesuai dengan keistimewaan Bumiputera, ianya sudah termaktub dalam perlembagaan melalui pendidikan dengan kewujudan UiTM.

Tambah Mazlan, sesetengah pihak seharusnya akur dengan perkara tersebut dan tidak boleh mempertikaikannya.

"Pihak luar tidak berhak mempertikai kedudukan UiTM kepada golongan Bumiputera dan tidak ada sesiapa pun boleh mengubah dasar UiTM kecuali dengan perkenan YDPA sebagai penjaga kedudukan Melayu dan Bumiputera di negara ini, " katanya.

  • oleh
  • Advertisement