Anda di sini

Sabas tidak terlibat politik

Advertisement

Matlamatnya untuk angkat martabat masyarakat Sungai

BELURAN: Persatuan Bangsa Sungai Sabas (Sabas) tidak terlibat dengan mana-mana parti politik, matlamat persatuan itu ditubuhkan adalah untuk memartabatkan masyarakat Sungai di samping menjadi jambatan penghubung dengan kerajaan.

Presiden Sabas Dato' Juhari Janan berkata, peranan persatuan itu adalah untuk menyatupadukan masyarakat Sungai yang terdiri dari pelbagai sub etnik dan pelbagai anutan agama agar mereka dapat bernaung di bawah persatuan Sabas.

JUHARI (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima anak yatim.
JUHARI (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima anak yatim.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa dan Solat Terawih bersama masyarakat Sungai dan ahli-ahli Sabas di Masjid Miftahul Jannah Kampung Kolapis Darat Beluran.

Juhari menyatakan kegembiraannya melihat sambutan masyarakat Sungai terhadap persatuan itu amat menggalakkan dan memberangsangkan.

"Contohnya majlis berbuka puasa seperti ini, dimana semua Zon Sabas meminta saya hadir di majlis berbuka puasa yang mereka adakan.Tetapi kita kesuntukan masa untuk hadir di majlis berbuka puasa yang mereka adakan.

JUHARI (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima asnaf (kiri).
JUHARI (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima asnaf (kiri).

Majlis berbuka puasa dan Solat Terawih bersama masyarakat Sungai dan ahli-ahli Sabas, di Masjid Miftahul Jannah Kampung Kolapis Darat Beluran adalah hari yang ke-5 Sabas menghadirinya.

"InsyaAllah di tahun hadapan kita akan gilirkan nanti," katanya, dan menambah majlis yang dianjurkan Sabas itu adalah menjadi wadah untuk ahli persatuan mengeratkan tali silaturahim diantara satu dengan yang lain.

JUHARI (tengah) bersama AMT Sabas dengan masyarakat sungai dan ahli-ahli Sabas selepas acara tersebut.
JUHARI (tengah) bersama AMT Sabas dengan masyarakat sungai dan ahli-ahli Sabas selepas acara tersebut.

Di majlis itu seramai 43 orang asnaf dan tujuh orang anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Al-Ehsan Kampung Muwanad 1 menerima sumbangan daripada Sabas.

Turut hadir Pengerusi Sabas Zon Beluran Md.Rahil Ismail, PegawaiTadbir Agama Islam Daerah Beluran Haji Amat Haji Saruna, Imam Abd. Ghani Anoh dan KK Aladin Munabih.

  • oleh
  • Advertisement