Anda di sini

Menteri Albania didesak letak jawatan

Advertisement
 Penyokong pembangkang bertempur dengan polis perusuh semasa perhimpunan menyeru bagi peletakan jawatan menteri dalam negeri Fatmir Xhafaj apabila adik lelaki beliau terbabit dalam penyeludupan dadah di Tirana kelmarin. — Gambar AFP
TIDAK PUAS HATI: Penyokong pembangkang bertempur dengan polis perusuh semasa perhimpunan menyeru bagi peletakan jawatan menteri dalam negeri Fatmir Xhafaj apabila adik lelaki beliau terbabit dalam penyeludupan dadah di Tirana kelmarin. — Gambar AFP

TIRANA: Ribuan penyokong pembangkang Albania berkumpul di ibu negara Tirana kelmarin menyeru bagi peletakan jawatan menteri dalam negeri Fatmir Xhafaj, apabila adik lelaki beliau disabitkan dengan pengedaran dadah.
Pihak pembangkang haluan kanan menuduh menteri melindungi adik lelakinya 
Agron Xhafaj,  yang ia katakan masih terlibat dalam dagangan dadah.
Sebelas orang anggota polis telah tercedera apabila mereka terkena lontaran batu semasa tunjuk perasaan, ketua polis Albania Ardi Veliu memberitahu wartawan, sambil menambah bahawa kecederaan adalah ringan.
Seorang wartawan, Blendi Kasmi, turut mengalami kecederaan di kepala.
Selepas meninggalkan hospital Kasmi menyatakan beliau telah dipukul oleh seorang anggota polis dengan menggunakan belantan, walaupun pihak media lain menyatakan  beliau telah terkena pukulan dari satu objek dilontar oleh penunjuk perasaan.
Selepas berkumpul di depan ibu pejabat kerajaan, di mana mereka turut menyeru bagi  perletakan jawatan  Perdana Menteri sosialis Edi Rama,  para penunjuk perasaan telah bergerak ke kementerian dalam negeri.
Di sana, mereka melontar bom asap termasuk telur dan batu, menurut AFP.
Pihak pembangkang telah menuduh Agron Xhafaj, yang pada 2012 telah menerima satu hukuman penjara selama tujuh tahun tanpa kehadirannya di Itali,  bagi penglibatan yang berterusan dalam pengedaran dadah.
Baru-baru ini telah mengeluarkan satu rakaman di mana seorang lelaki dikatakan sebagai Agron Xhafaj  muncul untuk bercakap dengan pengedar dadah.
Pejabat pendakwa raya menyatakan pada Khamis lepas ia telah membuka satu siasatan dan telah menghantar rakaman kepada seorang pakar bagi  pengesahan.
Menteri Dalam Negeri Xhafaj menyatakan di dalam Twitter bahawa sekiranya “analisis saintifik membuktikan bahawa tuduhan dari parti Demokratik adalah benar, maka saya sudah pastinya akan mengemukakan perletakan jawatan saya.”
Kerajaan menolak taktik pembangkang  sebagai “peras ugut mafia terhadap menteri dalam negeri” yang menurutnya sebagai terlibat dalam “perubahan sistem kehakiman  dengan rakan kongsi antarabangsa, AS dan Kesatuan Eropah”.
Bercakap dalam rali tersebut, ketua pembangkang Lulzim Basha menuduh perdana menteri bagi “pakatan sulit dengan jenayah terancang” dan “menjerumuskan negara ke dalam kesengsaraan.”
Anggota perundangan Albania pada bulan Februari lepas telah mengemukakan satu undag-undang bagi memeriksa anggota polis dalam satu usaha untuk membendung gejala rasuah dan hubungan dengan jenayah terancang, satu bahagian penting bagi perubahan kehakiman yang diperlukan oleh EU.
Sebuah negara calon sejak 20134, Albania berharap akan memulakan rundingan kemasukan pada tahun ini, namun EU telah melakukan tentangan terhadap rasuah dan jenayah terancang sebagai satu keperluan bagi semua negara  di wilayah ini.
Pada tahun lepas 128 orang anggota polis telah menerima sama ada sekatan pentadbiran atau denda, kebanyakan  bagi penglibatan mereka dalam penyeludupan ganja, satu bahan di negara miskin Balkan.
Seorang bekas menteri dalam negeri, Saimir Tahiri, secara politiknya bersekutu dengan Perdana Menteri Rama , sedang berada dalam siasatan bagi hubungannya dengan penyeludup ganja. — AFP

Advertisement