Anda di sini

Rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Betik

Advertisement
 Kelihatan bomba sedang memadamkan api.
MUSNAH: Kelihatan bomba sedang memadamkan api.

LAHAD DATU: Sebuah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung (Kg) Betik, dekat sini, pada Khamis.

Ketua Penyelamat dan Bomba Daerah, Darren John berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu dari Balai Bomba dan Penyelamat Kudat menerusi panggilan kecemasan jam 5.56 petang.

Katanya, Pegawai Kanan Bomba Daerah, Abu Bakar Teraji bersama lapan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian dengan dua aset jentera bomba.

“Pihak bomba menggunakan satu aliran dua pancutan 60.96 meter dari sumber tangki jentera.

“Sebuah rumah melibatkan struktur tidak kekal berukuran 15.24 x 12.192 meter terbakar 100 peratus dan tiada mangsa cedera,” katanya.

Api berjaya dikawal jam 6.50 malam dan operasi tamat jam 8.10 malam.

Advertisement