Anda di sini

Pelajar sekolah agama maut motosikal bertembung pikap

Advertisement
Permukaan jalan dalam insiden sekitar 3.30 petang itu dikatakan licin kerana hujan lebat

LIMBANG: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan jenis pikap berhampiran Kampung Bakol di Kilometer 12 Jalan Medamit, hari ini.

Mangsa Mohammad Iskandar Zulkarnain Apandi 17, dari Kampung Tabahan yang merupakan pelajar sekolah agama, maut di tempat kejadian dalam kemalangan sekitar jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, motosikal ditunggang mangsa terbabas ke laluan bertentangan, dipercayai akibat jalan licin kerana hujan lebat.

"Sebaik tiba di Kilometer 12 Jalan Medamit, motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Tedungan ke bandar Limbang telah terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda.
 
"Kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemandu pikap, 60 tahun dari Lubok Aur Mendamit, di sini tidak mengalami kecederaan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang untuk membantu siasatan.

  Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
 

  • oleh
  • Advertisement