Anda di sini

Mahkamah Anak Negeri akan distrukturkan semula

Advertisement
AIDI menyerahkan saguhati kepada salah seorang pelajar cemerlang.
AIDI menyerahkan saguhati kepada salah seorang pelajar cemerlang.

TAWAU: Mahkamah Anak Negeri (MAN) bakal berubah wajah tidak lama lagi untuk memastikannya setanding Mahkamah Sivil atau sekurang-kurangnya Mahkamah Syariah.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar berkata pihaknya memiliki agenda besar untuk dilaksanakan dalam penstrukturan semula MAN.

“Mungkin kita akan mewujudkan beberapa jawatan serta menstruktur semula MAN yang akan mempunyai Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

“Dari segi prasarana (untuk MAN), sudah ada beberapa bangunan yang disiapkan di negeri ini, malah kita juga sudah mempunyai Institut Latihan MAN,” katanya.

Aidi berkata demikian semasa Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Sekolah Islamiyah Tawau Sabah (Asist) Kali Ke-Lapan, di Masjid Al-Kauthar di sini pada hari ini (Ahad).

Mengulas lanjut, beliau berkata sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri di bawah Warisan (dan Pakatan Harapan) memperkenalkan gred jawatan tertentu untuk MAN.

“Misalnya, Orang Kaya Kaya (OKK) yang mengisi kekosongan jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan MAN sekurang-kurangnya perlulah mempunyai ijazah.

“Ketua Anak Negeri yang menjadi Hakim Mahkamah Tinggi perlu ada diploma, manakala Wakil Ketua Anak Negeri untuk Hakim Mahkamah Rendah pula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Apabila perkara-perkara terbabit dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, beliau percaya baharulah era baharu MAN untuk perubahan (dan pembaharuan) dapat diwujudkan.

Menurutnya, kerajaan mahu menyerahkan hak MAN kepada orang yang berhak, iaitu komuniti KDM yang berhak mengendalikan MAN seperti ‘sogit’ (denda) dan lain-lain.

“Satu perkara yang sangat penting, kita akan melakukan perubahan drastik mengenai (peruntukan khas) Seksyen 9 Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992,” katanya.

Beliau berkata seksyen itu menyebut MAN tidak boleh mempunyai bidang kuasa terhadap perkara-perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil.

  • oleh
  • Advertisement