Anda di sini

Lelaki dan wanita lega bebas tuduhan mengedar dadah

Advertisement
 Hasnawati (dua kanan) mendengar penjelasan Hamid (kanan), Melven (tiga kiri) bersama dengan Serena (dua kiri) dan Nurul Rafeeqa (kiri).
BEBAS: Hasnawati (dua kanan) mendengar penjelasan Hamid (kanan), Melven (tiga kiri) bersama dengan Serena (dua kiri) dan Nurul Rafeeqa (kiri).

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dan wanita warga asing dapat menarik nafas lega, apabila dibebaskan Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan mengedar dadah.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad membebaskan dan melepaskan Hasnawati Ajuk, 32, dan Melven Sabtal, 23, tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan itu.

Penghakiman itu disampaikan yang mana pada Jumaat untuk keputusan kes, setelah akhir peringkat pendakwaan.

Nurchaya mengatakan, selepas menilai semua bukti, di samping perkara dibangkitkan pihak pembelaan, beliau mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Hasnawati dan Melvin dengan dua yang masih bebas mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 154.36 gram.

Kesalahan dilakukan pada 9 September 2016 jam 2.30 petang, di sebuah restoran makanan segara, di pusat beli-belah One Borneo, Jalan Sulaman, di sini.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 39 B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit salah boleh dikenkakan gantung mandatori.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun memanggil enam saksi memberikan keterangan.

Mahkamah juga mengarahkan kedua-dua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen, untuk tindakan lanjut.

Peguam Hamid Ismail mewakili Hasnawati, manakala Melven diwakili peguam Serena Liew dibantu Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip.

Advertisement