Anda di sini

14 koloni setinggan di Parlimen Batu Sapi didirikan di tanah persendirian

Advertisement
 LIEW (kanan) ketika berbincang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura, Calvin Chong selepas sesi taklimat di Wisma Sandakan pada Jumaat.
LIEW (kanan) ketika berbincang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura, Calvin Chong selepas sesi taklimat di Wisma Sandakan pada Jumaat.

SANDAKAN: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong memaklumkan 14 daripada 18 koloni setinggan yang terdapat di Parlimen Batu Sapi didirikan di tanah persendirian.

Sehubungan itu, beliau meminta pemilik tanah persendirian terlibat agar tampil bagi membincangkan lebih lanjut mengenai status tanah mereka.

Bercakap kepada media selepas taklimat oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Wisma Sandakan pada Jumaat, Liew berkata daripada keseluruhan itu, lapan koloni setinggan adalah di kawasan Sekong dan sepuluh lagi di Karamunting.

"Koloni ini melibatkan 1,208 rumah yang didiami 5,682 rakyat tempatan dan 1,525 lagi adalah bukan rakyat tempatan. Daripada jumlah ini, hanya empat sahaja yang dibina di tanah kerajaan dan selebihnya tanah persendirian.

"Oleh itu, kita akan jejak pemilik-pemilik ini sama ada untuk memperolehi tanah itu dan menukarkan statusnya kepada tanah kerajaan," katanya.

Bagaimanapun, Liew berkata sekiranya pemilik tanah tidak dapat dijejak, perkara itu akan dibawa kepada kerajaan negeri untuk disemak semula.

"Dalam hal ini juga, saya akan mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan negeri untuk bagaimana menangani isu penyelesaian setinggan bukan sahaja di Batu Sapi malah seluruh negeri.

"Kami berharap kerajaan negeri akan keluar dengan penyelesaian yang menang-menang untuk semua pihak," katanya.

  • oleh
  • Advertisement