Anda di sini

Panggung sedang diubah suai runtuh, seorang maut

Advertisement
 Polis dan orang ramai menggeledah runtuhan untuk mencari lebih                      ramai mangsa selepas panggung lama Parravicini yang sedang diubah suai runtuh di Tucuman, Argentina kelmarin. — Gambar AFP
USAHA MENYELAMAT: Polis dan orang ramai menggeledah runtuhan untuk mencari lebih ramai mangsa selepas panggung lama Parravicini yang sedang diubah suai runtuh di Tucuman, Argentina kelmarin. — Gambar AFP

BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya seorang lelaki maut kelmarin apabila sebuah panggung lama yang sedang diubah suai runtuh dalam kawasan pusat bandar Tucuman di Argentina.

“Kita di tengah-tengah kerja menyelamat dengan mengalihkan runtuhan. Kita bekerjasama dengan anggota bomba, polis dan pegawai bandar raya. Terdapat seorang lelaki yang sudah meninggal dunia, lebih 18 tahun, yang belum lagi dicam identiti,” kata seorang pegawai polis di bandar utara Argentina itu kepada media tempatan.

Lokasi insiden, punca sebenar yang masih belum diketahui, berada tidak jauh dari dewan undangan wilayah.

Media tempatan melaporkan letupan kuat kedengaran dan asap dapat dilihat naik berkepul-kepul di atas panggung lama.

Ia pertama kali dibuka pada 1923 sebagai sebuah kedai gula-gula, kemudian sebuah panggung dan akhirnya sebuah pawagam filem lucah sebelum  ditutup pada 1995. — AFP

Advertisement