Anda di sini

Pupuk keyakinan, motivasi diri

Advertisement
ISMAIL, Saminan dan Roziman bersama guru-guru dan pelajar Pra Universiti SMK Labuan.
ISMAIL, Saminan dan Roziman bersama guru-guru dan pelajar Pra Universiti SMK Labuan.

LABUAN: Seramai 132 pelajar telah menjayakan Perkhemahan dan Motivasi Pra Universiti SMK Labuan 2018 yang diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Wilayah Persekutuan Labuan di Ganggarak, di sini.

Program anjuran Unit Kokurikulum Pra Universiti SMK Labuan itu dikendalikan jurulatih Pusat Kokurikulum dan 33 pensyarah.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah berkata program tahunan itu bertujuan melahirkan pelajar yang lebih berpengetahuan, berkeyakinan dan bersemangat tinggi untuk belajar demi kecemerlangan dalam peperiksaan STPM dan dalam kehidupan mereka.

Antara objektif program itu ialah menyediakan diri pelajar dengan keyakinan dan motivasi diri yang tinggi.

PELAJAR pra universiti turut mempelajari cara memasak dalam hutan.
PELAJAR pra universiti turut mempelajari cara memasak dalam hutan.

Selain itu, untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran dan tugasan.

“Program itu juga mahu memupuk semangat kerjasama berkumpulan dan perpaduan yang mantap antara pelajar,”katanya.

Sepanjang perkhemahan itu, pelajar mengikuti aktiviti seperti memasang khemah, ice breaking, kayak, masakan rimba, tali temali, aktiviti kebudayaan, kenal diri dan khidmat masyarakat.

Sementara itu, Kumpulan 5 muncul johan pertandingan pada malam kebudayaan, kedua Kumpulan 2 dan ketiga Kumpulan 7.

Kumpulan 5 turut dinobatkan sebagai kumpulan terbaik keseluruhan diikuti Kumpulan 1 dan Kumpulan 4.

Peserta Terbaik diraih Mohd Acamar Awang Hamzah bagi kategori lelaki manakala perempuan dimenangi Nur Fatieah Abdullah.

AKTIVITI  beriadah berkayak turut menguji kecekapan peserta program.
AKTIVITI beriadah berkayak turut menguji kecekapan peserta program.

Turut hadir, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Negeri Roziman Haji Sabtu dan Penolong Kanan Pusat Tingkatan 6 SMK Labuan Saminan Haji Sabtu.

Ismail berharap pelajar pra universiti itu akan terus memantapkan diri bukan sahaja untuk menghadapi cabaran mendatang tetapi juga sebagai persediaan memasuki menara gading suatu hari nanti.

Advertisement