Anda di sini

Abbas alami radang paru-paru, keadaan semakin baik: Doktor

Advertisement
 Gambar serahan Pejabat Presiden Palestin (PPO) menunjukkan Abbas membaca surat khabar di hospital di Ramallah, di wilayah Tebing Barat, kelmarin. — Gambar Reuters
SEMAKIN BAIK: Gambar serahan Pejabat Presiden Palestin (PPO) menunjukkan Abbas membaca surat khabar di hospital di Ramallah, di wilayah Tebing Barat, kelmarin. — Gambar Reuters

RAMALLAH: Presiden Pa-lestin Mahmud Abbas sedang mengalami radang paru-paru tetapi keadaannya semakin baik, kata pegawai lewat kelmarin.

“Saya melawat Presiden Abbas di hospital malam tadi. Beliau mengalami radang paru-paru dan dirawat dengan antibiotik,” kata Ahmed Tibi, seorang ahli Arab dalam Parlimen Israel, dalam Twitter, dan menambah keadaan pemimpin berusia 83 tahun itu “sudah semakin baik dengan ketara”.

Dalam media rasmi, Saed Sarahna, ketua Hospital Arab Istishari berhampiran Ra-mallah di Tebing Barat yang diduduki Israel, berkata Abbas mengalami “jangkitan dalam paru-paru kanannya”.  

“Beliau diberi rawatan perlu dan kini sedang pulih,” kata Sarahna.

Gambar Abbas yang sedang berjalan-jalan dalam wad dan membaca surat khabar turut diterbitkan, dalam usaha yang dipercayai untuk meredakan khabar angin bahawa ke-adaannya semakin tenat.

Media rasmi berkata beliau sudah bercakap dengan beberapa ahli politik tempatan untuk memberi jaminan kepada mereka tentang ke-sihatannya.

Tibi, yang juga seorang doktor, berkata beliau menjangka Abbas akan meluangkan masa “beberapa hari lagi” di hospital.

Abbas dimasukkan ke hospital Ahad lepas dengan ke-rumitan ekoran pembedahan telinga, selain turut mengadu tentang sakit dada.

Kesihatan Abbas kerap menjadi subjek spekulasi, tanpa pengganti jelas yang dikenal pasti.

Pada Februari lalu, beliau menjalani apa yang disebut sebagai pemeriksaan perubatan rutin di Amerika Syarikat.

Abbas memenangi penggal selama empat tahun sebagai presiden pada 2005, tetapi beliau kekal memegang jawatan itu selepas pilihan raya tidak diadakan.

Abbas mendakwa perpecahan antara partinya Fatah dengan puak Islamis, Hamas, yang menguasai Semenanjung Gaza, telah menyebabkan pili-han raya mustahil diadakan dari segi politik.

Seorang pemimpin sederhana, beliau terlibat selama berdekad-dekad dalam run-dingan dengan Israel tetapi tidak popular di kalangan penduduk Palestin, dan majoriti daripada mereka mahu beliau meletak jawatan. — AFP

Advertisement