Anda di sini

HYO mulakan kempen kesedaran penjagaan kenderaan

Advertisement
 Lim (kanan) bersama Tan (tengah) berposing dengan minyak pelincir keluaran HYO bersama hadiah-hadiah menarik yang menanti pelanggan cabutan bertuah memenanginya.
ISTIMEWA: Lim (kanan) bersama Tan (tengah) berposing dengan minyak pelincir keluaran HYO bersama hadiah-hadiah menarik yang menanti pelanggan cabutan bertuah memenanginya.

KUCHING: HYO Lube (M) Sdn Bhd (HYO) semalam telah memulakan kempen kesedaran untuk produk rangkaian penjagaan kenderaan keluaran berteknologi Jepun sehingga Ahad ini.

Pegawai Pemasaran Jenama HYO, Willzent Tan berkata HYO merupakan pengedar tunggal yang mana minyak pelincir berkenaan yang dijual di dalam bekas tin adalah daripada kilangnya di Jepun sementara yang terdapat di dalam botol adalah dari Malaysia.

“Walaupun terdapat keluaran minyak ini yang dijalankan di sini tetapi kita menggunakan teknologi Jepun di dalam memproses minyak pelincir berkenaan bagi penggunaan tempatan,” katanya ketika ditemui disini semalam.

Sebelum ini pihaknya telah mengadakan kempen yang sama di Sandakan, Sabah dan turut menaja kenderaan bagi perlumbaan kereta ‘Drag’ yang diadakan di lokasi yang sama.

Bahkan hasil daripada maklum balas yang diterima pihaknya, adalah pengguna di Sabah amat berpuas hati selepas mencuba minyak pelincir keluaran HYO jika dibandingkan dengan apa yang telah mereka gunakan sebelum ini dan sesungguhnya harganya menepati kehendak pasaran semasa.

Pihaknya mengadakan promosi untuk orang ramai mencuba produk HYO selain cabutan bertuah yang mana hadiah utama berupa Samsung Curve TV 49’, basikal Mountain Bike, Telefon Pintar Vivo dan produk HYO selain banyak lagi hadiah-hadiah lain untuk dimenangi.

Bagi menyertai cabutan bertuah berkenaan, orang ramai perlu terlebih dahulu membeli minyak pelincir HYO yang dijual di Kheng Hock Auto Parts Sdn Bhd iaitu Minyak Pelincir Sintetik akan mendapat 8 kupon, Minyak Pelincir Semi Sintetik (4) dan Minyak Pelincir Berprestasi (1) masing-masing.

Bukan sahaja mengeluarkan minyak pelincir tetapi juga setiap rangkaian penjagaan kenderaan manual, automatik atau enjin yang telah diubah suai, minyak transmisi automatik, minyak gear dan banyak lagi produk lain.

“Minyak pelincir sintetik penuh adalah untuk kenderaan baharu atau kenderaan bagi tujuan perlumbaan, semi sintetik adalah untuk kenderaan yang telah mencapai 50,000 kilometer ke atas sementara untuk pretasi ekstrem pula adalah untuk kenderaan yang melebihi 100,000 kilometer ke atas.

“Kesemua produk HYO menepati kehendak enjin kenderaan di Malaysia yang kerap kali panas akibat cuaca, membersih mendapan dan melindungi enjin anda daripada geseran,” jelasnya lagi.

Turut hadir semalam adalah Pengimport dan Pengedar Alat Ganti Automobil HYO, Kheng Hock Auto Parts Sdn Bhd, Tan Kok Kheng dan Pengarah Pengedar Rasmi HYO Asia, S. H. Lim.

Advertisement