Anda di sini

Turki usir konsul jeneral Israel

Advertisement
 Penunjuk perasaan memegang patung dengan gambar Trump sambil melaungkan slogan di Diyarbakir kelmarin semasa perarakan besar-besaran untuk mengutuk pertumpahan darah di sempadan Gaza dan pembukaan kedutaan AS di Baitulmuqaddis ketika konsul jeneral Israel diarahkan meninggalkan negara itu buat sementara waktu. — Gambar AFP
PRO PALESTIN: Penunjuk perasaan memegang patung dengan gambar Trump sambil melaungkan slogan di Diyarbakir kelmarin semasa perarakan besar-besaran untuk mengutuk pertumpahan darah di sempadan Gaza dan pembukaan kedutaan AS di Baitulmuqaddis ketika konsul jeneral Israel diarahkan meninggalkan negara itu buat sementara waktu. — Gambar AFP

ISTANBUL: Turki telah mengarahkan konsul jeneral Israel di Istanbul untuk meninggalkan negara itu buat sementara waktu, kata media kerajaan semalam, perkembangan terbaharu dalam siri pengusiran balas-membalas dalam krisis yang semakin buruk berhubung tindakan Israel menembak penduduk Palestin sehingga menyebabkan kematian di sempadan Gaza.

Kementerian luar Turki memberitahu konsul berkenaan untuk meninggalkan Turki “bagi jangka waktu tertentu”, kata agensi berita Anadolu yang dikendalikan oleh kerajaan.

Turki sudah menarik balik dutanya di Tel Aviv untuk konsultasi dan meminta duta Israel ke Ankara untuk meninggalkan negara itu, manakala Israel mengarahkan konsul Turki di Baitulmuqqadis untuk me-ninggalkan negara itu bagi jangka waktu yang tidak dinyatakan.

Perbalahan itu, yang kelmarin menyaksikan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatan di Israel, Benjamin Netanyahu, berbalas kata-kata kesat dalam Twitter, yang mengancam perjanjian pada 2016 untuk memulihkan hubungan selepas krisis lama.

Turki menyuarakan kemarahan berhubung pembunuhan 60 penduduk Palestin oleh tentera Israel pada Isnin lepas di sempadan Gaza dan turut mengaitkan kete-gangan itu dengan keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmuqqadis dari Tel Aviv.

Erdogan pada Jumaat ini akan mengadakan mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul yang menurutnya akan memberi “mesej kuat kepada dunia” mengenai isu itu.

Perjanjian damai 2016 menamatkan pertikaian mengenai serbuan berdarah pada Mei 2010 oleh komando Israel ke atas sebuah kapal Turki yang menyaksikan hubungan diturun taraf.

Perjanjian itu disokong kuat oleh AS, yang ingin sekali melihat Israel berbaik semula dengan satu daripada beberapa rakan Muslimnya yang penting.

Namun Erdogan, yang menganggap diri sebagai juara bagi perjuangan Palestin, tidak pernah gentar dengan kritikan Israel walaupun ketika menteri-menteri mendesak kerjasama tenaga antara kedua-dua pihak.

Erdogan pada minggu ini menuduh Israel melakukan “genosid” dan memberitahu Netanyahu bahawa beliau memimpin “kerajaan aparteid” dan mempunyai “darah penduduk Palestin” atas tangannya.

Sementara itu Netanyahu memberitahu Erdogan bahawa sebagai penyokong utama kumpulan Islamis di Palestin, Hamas, “beliau tidak syak lagi adalah pakar mengenai keganasan dan penyembelihan”.

Dalam tweet bertajuk ‘Peringatan kepada Netanyahu’, Erdogan kemudian menafikan bahawa Hamas adalah sebuah kumpulan pengganas, dan berkata ia adalah “pergerakan tentangan yang mempertahankan tanah air Palestin daripada kuasa penjajah”.

Selepas rundingan dengan Perdana Menteri Bri-tain Theresa May kelmarin, Erdogan memberi amaran bahawa sejarah “tidak akan memaafkan” Israel atau AS kerana memindahkan ke-dutaan Amerika ke Baitulmuqqadis untuk menentang dunia Islam. — AFP

Advertisement