Anda di sini

Sarawak tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019

Advertisement
Abdul Karim ditemani Fatimah dan Snowdan menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Hii (dua kanan) dan SM Nasarudin.
Abdul Karim ditemani Fatimah dan Snowdan menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Hii (dua kanan) dan SM Nasarudin.

KUCHING: Kerajaan negeri menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) bagi penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Julai 2019.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Dokumen MoU itu ditandatangani Setiausaha Tetap Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hii Chang Kee dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak Dr Ong Kong Swee mewakili kerajaan negeri.

Manakala PCM diwakili Presidennya, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Timbalan Presiden, Ng Keng Chuan.

MoU itu dibuat ekoran Malaysia melalui PCM, ahli Jawatan Kuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan sokongan kerajaan negeri, berjaya memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah penganjuran kejohanan dunia itu.

Ini menjadikan Sarawak merupakan yang pertama di Asia menjadi tuan rumah penganjuran kejohanan dunia itu yang dijangkakan disertai 709 perenang dari 75 negara.

Kejohanan itu akan diadakan dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2019 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya di sini.
 

  • oleh
  • Advertisement