Anda di sini

Olaharaga bawa pulang lapan emas

Advertisement

KOTA KINABALU: Atlet Sabah berjaya membawa pulang lapan emas dari Kejohanan Olahraga Kebangsaan Terbuka Malaysia Ke-95, 2018 yang berakhir di Stadium Kebangsaan, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.

Selain itu, pasukan negeri ini juga memenangi dua perak dan tujuh gangsa dari kejohanan tiga hari itu untuk menduduki tempat ketiga keseluruhan di belakang juara Angkatan Tentera Malaysia yang membolot 21 emas, 12 perak dan 5 gangsa diikuti Johor dengan 9 emas, 9 perak dan 8 gangsa di tempat kedua.

 RAYZAM (tengah) merai kejayaan bersama pemenang pingat perak Al Youha Yaqub (kiri) dari Kuwait dan pemenang pingat gangsa Clinton Kingsley Bautista dari Filipina.
RAYZAM (tengah) merai kejayaan bersama pemenang pingat perak Al Youha Yaqub (kiri) dari Kuwait dan pemenang pingat gangsa Clinton Kingsley Bautista dari Filipina.

Sabah bermula baik dengan memenangi 3  emas, 1 perak dan 2 gangsa pada hari pembukaan.

Pingat emas dimenangi menerusi peringkat umur 20 tahun ke bawah menerusi Andre Anura (lompat jauh dengan jarak 7.50 meter (m)), Ikma Syaffiera Duris (100m dengan catatan masa 12.41 saat (s)) dan Mohd Alif Mohd Razi (merejam lembing dengan jarak 58.23m).

Pingat perak diperoleh menerusi Azwan Bunjing (10,000m terbuka lelaki dengan catatan masa 34 minit dan 20.54 saat (34.20.54s), sambil pingat gangsa disumbangkan oleh Puteri Nur Safirah Gajali (400m bawah 20 tahun perempuan dengan masa 60.53s) dan Beckham Buing (merejam lembing terbuka lelaki dengan jarak 53.37m).

Di hari kedua, Sabah meneruskan pesta pingat dengan memenangi 4 emas, 1 perak dan gangsa.

Jaguh Asia Tenggara yang juga juara Sukan SEA KL 2017; Rayzam Shah Wan Sofian mengepalai senarai pemenang pingat emas dengan menjuarai acara kegemaran 110m lari berpagar terbuka lelaki dengan catatan masa 14.12s.

Sabah kemudiannya memenangi tiga lagi pingat emas menerusi peringkat umur 20 tahun ke bawah melalui Halimatul Saadiah Mohd Raja (100m lari berpagar perempuan dengan catatan masa 15.42s), Mohd Eizlan Dahlan (lompat tinggi lelaki dengan ketinggian 2.10m dan Benedict Ian Gawok (110m lari berpagar lelaki dengan masa 14.15s).

Pingat perak diperoleh menerusi Mohd Din Norbik dalam acara 200m lelaki dengan catatan masa 21.97s.

ANTARA atlet Sabah yang menyertai Kejohanan Olahraga Kebangsaan Terbuka Malaysia Ke-95, 2018 merai kejayaan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada Isnin.
ANTARA atlet Sabah yang menyertai Kejohanan Olahraga Kebangsaan Terbuka Malaysia Ke-95, 2018 merai kejayaan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada Isnin.

Sambil 3 gangsa disumbangkan oleh Liz Steffenie Mawos (lompat jauh perempuan dengan jarak 5.22m), Mohd Nur Musyaaraf (200m lelaki dengan masa 22.37s) dan Nobeneca Pinalus (melempar cakera perempuan) 34.00m.

Kesemua empat pingat itu dimenang menerusi peringkat umur 20 tahun ke bawah.

Di hari ketiga, Sabah memenangi 1 emas melalui Andre Anura menerusi acara lompat kijang lelaki bawah 20 tahun dengan jarak 15.69m selain dua gangsa menerusi acara 4x100m wanita dan 4x100m remaja terbuka.

  • oleh
  • Advertisement