Anda di sini

Klinik Jaguh Milo sukses

Advertisement

KOTA KINABALU: Klinik Jaguh Milo 2018 berlangsung penuh sukses dan berakhir di Gelanggang Sandakan Futsal pada Sabtu.

Program dua bulan bermula awal Mac lalu itu yang mengandungi lapan siri telah dikendalikan oleh mantan ketua jurulatih futsal Sabah yang berkelayakan kejurulatihan AFC Tahap 2; Rusli Hassan.

MUHD. Azhareeza menerima sijil Pemain Berbakat dan Terbaik.
MUHD. Azhareeza menerima sijil Pemain Berbakat dan Terbaik.

Sepanjang klinik itu, seorang peserta bernama Muhammad Azhareeza Mohd Alias telah dipilih sebagai Pemain Berbakat dan Terbaik untuk meraih peluang berlatih di Barcelona atas tajaan Milo.

Klinik ini turut dibantu oleh jurulatih AFC Tahap 1; Rahman Junaid, Sofian Mansah, Teh Jih Ming, Sarif Samad dan Jumadir Adam.

Jurulatih-julatih berkenaan membantu para peserta dalam meningkatkan bakat dan teknik dalam semua aspek secara mingguan.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Mohammad Nik dan eksekutif sukan Nestle (Kuala Lumpur) Ahmad Fadhly Shah Indra Gunawan.

PARA peserta Klinik Jaguh Milo 2018 bersama para pegawai semasa majlis penutupan di Gelanggang Sandakan Futsal pada Sabtu.
PARA peserta Klinik Jaguh Milo 2018 bersama para pegawai semasa majlis penutupan di Gelanggang Sandakan Futsal pada Sabtu.
  • oleh
  • Advertisement