Anda di sini

Mesir tahan aktivis selepas dedah video antipenderaan seksual

Advertisement

KAHERAH: Kelmarin Mesir telah menahan seorang aktivis yang menghantar sebuah video di media sosial di mana beliau telah menghentam institusi nasional serta menyuarakan bantahan terhadap gangguan seksual, menurut sumber keselamatan.

Dalam klip yang dimuat turun dalam Facebook  pada minggu ini, Amal Fathi telah mengkritik organisasi termasuk Banque Misr milik negara, yang mana kakitangan keselamatan lelaki yang beliau tuduh sebagai bersikap kasar terhadap wanita.

Beliau turut mengkritik kerajaan mengenai hak asasi manusia dan keadaan ekonomi di negara ini, termasuk menuduh ia sebagai gagal untuk melindungi wanita.

Fathi, seorang ibu berusia 33 taun, berdepan tuduhan kerana “menghina semua institusi negara” dan menjejaskan semangat patriotisme, menurut sumber keselamatan.

Beliau akan dihadapkan di depan pendakwa raya umum Mesir.

Badan pemerhati hak asasi manusia yang berpusat di London Amnesty International menyatakan Fathi telah ditangkap bagi kritikan beliau terhadap kerajaan “kerana gagal untuk melindungi wanita”.

“Penahanan beliau telah menunjukkan betapa tempatnya kebimbangan beliau tersebut,” menurut Najia Bounaim, pengarah kempen Amnesty di Afrika Utara.

“Ia adalah satu hari yang gelap ketika pihak berkuasa Mesir  adalah lebih bimbang untuk menutup mulut seorang wanita yang bersuara mengenai gangguan seksual berbanding dengan mengambil langkah-langkah untuk berdepan dengan isu berkenaan,” Bounaim telah dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan.

Terdapat satu tindak balas negatif media sosial terhadap Fathi, termasuk penghinaan berkaitan dengan jantina, menurut Amnesty.

Beliau turut dikecam oleh beberapa pihak di dalam media Mesir, dengan akhbar pro-kerajaan Al-Ahram menggelar beliau sebagai “penulis untuk satu video penghinaan terhadap Mesir dan rakyatnya.”

Fathi telah berkahwin dengan Mohamed Lotfi, ketua kepada  Suruhanjaya Mesir bagi Hak Asasi dan Kebebasan, sebuah badan NGO yang diawasi sepenuhnya oleh pihak berkuasa. — AFP

Advertisement