Anda di sini

Pertimbang empat perkara sebelum tunaikan tanggungjawab

Advertisement

RANAU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam menyampaikan empat perkara yang perlu dipertimbangkan oleh setiap rakyat khususnya yang berada di negeri ini sebelum menunaikan tanggungjawab mereka memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, perkara pertama ialah rakyat perlu menilai siapakah yang selama ini telah terbukti mampu menjaga keharmonian negara sejak merdeka meskipun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.

Beliau berkata, hubungan serasi antara setiap kaum khususnya di negeri ini tercapai kerana kerja keras kerajaan BN melalui dasar yang berkesan sehingga mewujudkan satu ikatan toleransi antara rakyat yang mempunyai budaya berbeza.
 
 
"Kedua adalah pemimpin kita yang ada sekarang telah memberikan kestabilan politik kepada negara khususnya negeri Sabah ini adalah punca kita boleh buat apa sahaja untuk rakyat.
 
Tanpa kestabilan politik mana mungkin ada hubungan baik ini serta tidak mungkin ada kerjasama baik antara kerajaan Pusat dan negeri selama ini.
BERGAMBAR bersama pemimpin dan para penyokong BN di Ranau.
BERGAMBAR bersama pemimpin dan para penyokong BN di Ranau.
 
"Bila kita berhadapan pilihan raya, fikirlah dan renunglah siapa yang dapat memberi faedah kepada kita untuk mencapai impian, cita-cita dan masa hadapan anak-anak kita," katanya ketika melawat beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Kundasang, di sini.
 
Joachim berkata, perkara ketiga ialah rakyat mesti menilai siapa yang mampu menjaga keamanan negara daripada ancaman asing dan jenayah rentas sempadan.
 
Menurutnya, kemajuan ekonomi dan keupayaan serta kesungguhan kerajaan untuk membela nasib rakyat adalah perkara keempat yang perlu dipertimbangkan demi memastikan rakyat dapat hidup aman dan selesa sepanjang masa.
 
Jelas beliau, bagi mencapai perkara itu, kerajaan BN yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membuat dasar bahawa setiap hasil negara tidak perlu disimpan sebaliknya diagihkan kepada rakyat yang memerlukan iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan ditambah serta pelbagai lagi bantuan lain.
JOACHIM (empat dari kiri) menerima borang keahlian BN daripada bekas ahli Warisan diperhatikan oleh Arthur (tiga dari kiri).
JOACHIM (empat dari kiri) menerima borang keahlian BN daripada bekas ahli Warisan diperhatikan oleh Arthur (tiga dari kiri).
 
"Falsafah pucuk kepimpinan BN ialah kalau hasil bertambah kita mesti agih kepada rakyat, mesti bantu rakyat sebab itu bila punca pendapatan bertambah dengan pengurusan kewangan cekap hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST), cukai individu dan syarikat, kerajaan akan salurkan bantuan melalui pelbagai jenis bantuan," tambahnya.
 
Terdahulu, Joachim juga menerima 24 borang keahlian BN daripada bekas ahli Parti Warisan Sabah (Warisan).
 
Turut hadir ialah Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen yang mewakili Datuk Dr Ewon Ebin.
Advertisement