Anda di sini

Guna pilihan raya sebagai alasan mendapatkan wang bakal calon

Advertisement
RAMLI DIN
RAMLI DIN

KOTA KINABALU: Beberapa indivdu dipercayai menggunakan motif Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebagai alasan untuk mendapatkan wang bakal calon parti Usno Baru.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata pihaknya bagaimanapun masih menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengenal pasti motif sebenar kes penipuan wang bakal calon yang sudah terkumpul mencecah RM10,000.

"Hasil siasatan mendapati beberapa individu termasuk ahli parti itu sendiri serta beberapa individu lain menggunakan nama tertentu ada menerima hasil kutipan wang bakal calon sebanyak RM3,000 hingga RM10,000.

"Kesemua wang itu bagaimanapun tidak dapat dikesan dan buat masa ini masih terlalu awal untuk kita mengatakan wang berkenaan disalahgunakan," katanya.

Tambahnya pihaknya juga kini masih dalam kerja penyiasatan untuk mengenalpasti individu sebenar yang mengeluarkan idea serta khabar angin berkenaan wang deposit sebanyak RM870,000 yang tidak wujud dan didakwa dilesapkan.

Ramli berkata setakat ini polis sudah memanggil lebih ramai saksi untuk memberikan keterangan dan kerja mengumpulkan maklumat juga giat dijalankan.

"Kita sudah memanggil kira-kira 80 orang saksi dan merakamkan keterangan mereka bagi mendapatkan maklumat lengkap dan pasukan penyiasat juga sudah membuka 29 kertas siasatan berhubung perkara ini," katanya.

Terdahulu Ramli menjelaskan wang deposit bakal calon Usno baru sebanyak RM870,000 yang didakwa lesap selepas dilarikan orang kanan parti berkenaan adalah tidak wujud sama sekali selepas mendapat laporan daripada beberapa ahli parti berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement