Anda di sini

Everwin Supermarket Senadin terbesar di Miri

Advertisement
 Para pelanggan membeli-belah untuk keperluan harian di Everwin Supermarket yang baharu dibuka.
MACAM-MACAM ADA: Para pelanggan membeli-belah untuk keperluan harian di Everwin Supermarket yang baharu dibuka.

MIRI:  Everwin Supermarket semalam membuka cawangan ketiga di Senadin, di sini yang merupakan cawangan terbesarnya di Miri.

Ia merangkumi ruang niaga dan pameran seluas kira-kira 20,000 kaki persegi, di mana selain makanan yang dipek, ia juga menawarkan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan dan diimport serta daging segar dan beku.

Di samping itu, terdapat juga bahagian tertentu yang mempamerkan barangan isi rumah serta peralatan eletronik rumah.

“Kami berhasrat untuk menyediakan produk-produk dengan harga yang rendah setiap hari,” kata pengurusnya Teng Long Ning.

Selain itu, terdapat juga promosi hujung minggu dan jualan khas satu hari setiap awal bulan, tambah beliau.

Sempena dengan pembukaan baharu ini, pelanggan boleh memohon kad keahlian seumur hidup Everwin dengan hanya membayar RM5.

Menurut Teng, tidak ada yuran tahunan dan tiada tarikh luput pada kad ini.

Para pelanggan hanya memohon dan membayar yuran keahlian sekali dan kad itu boleh dipakai untuk seumur hidup, katanya.

Para ahli juga boleh menggunakan kad ini di semua cawangan Everwin Supermarket di Sarawak untuk menikmati harga ahli dan tawaran istimewa.

Di Sarawak, Everwin Supermarket memiliki cawangan-cawangan di Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Batu Niah.

Bercakap kepada para wartawan, Teng mengumumkan Everwin Supermarket kini dalam proses menubuhkan cawangan pertamanya di Kuching, khususnya di Matang, yang akan dibuka dalam bulan ini.

Dua lagi pasar raya Everwin Supermarket di Miri terletak di Taman Tunku dan Krokop.

Sebagai salah satu rangkaian pasar raya terbesar di Sarawak, ia menawarkan  keperluan harian kepada para penduduk yang tinggal di kawasan perumahan berdekatan yang dapat membeli-belah di bawah satu bumbung.

Pasar raya Everwin Supermarket di Senadin ini dibuka jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Advertisement