Anda di sini

Klopp bergelut lengkapkan barisan terkuat

Advertisement
KLOPP
KLOPP

LONDON, England: Selepas melangkah ke final pertama Liga Juara-Juara dalam tempoh 11 tahun, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menggambarkan perlawanan menentang Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad ini sebagai “satu lagi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara” dengan penyertaan mereka dalam Liga Juara-Juara musim hadapan masih belum terjamin.

Kemenangan dari mana-mana baki tiga perlawanan Liverpool musim ini, bermula dengan perlawanan di Stamford Bridge Ahad ini, atau menanti kunjungan Brighton pada hari terakhir liga dan menewaskan juara bertahan Real Madrid di final, akan mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Tetapi ingatan segera Klopp tentang merehatkan pemain dengan senarai pemain yang cedera semakin bertambah, melengkapkan tugas dengan sekurang-kurangnya satu mata hujung minggu ini adalah sesuatu yang ideal.

“Adakah kami mempunyai skuad terbesar dalam dunia bola sepak ketika ini? Tidak,” kata Klopp.

“Kumpulan yang ke final ini adalah hebat. Kami menerima banyak asakan sepanjang musim, semua kecederaan pada masa yang salah tetapi kami masih meneruskan usaha.”

Kejayaan Liverpool di Eropah sememangnya menjejaskan apa yang dilihat peluang selesa menduduki empat tangga teratas dalam beberapa minggu yang lalu.

Tiga keputusan seri dari empat perlawanan liga terakhir di Everton, West Brom dan Stoke ketika Klopp memberikan lebih perhatian kepada perkembangan pasukan dalam Liga Juara-Juara, telah membenarkan pasukan di tangga kelima ketika ini, Chelsea, merapatkan kedudukan dengan kurang enam mata dari Liverpool.

Arsenal juga mempunyai baki tiga perlawanan tetapi Liverpool hanya kurang dua perlawanan  dan ini bermakna jika Chelsea menang kesemua baki tiga perlawanan, mereka akan berkongsi mata dengan Liverpool.

Bagaimanapun, jumlah gol lebih banyak Liverpool bermakna satu mata sudah memadai buat Liverpool Ahad ini atau menewaskan Brighton pada perlawanan terakhir.

“Ia bukan kami boleh berkata kami sudah layak ke Liga Juara-Juara. Menentang Chelsea Ahad ini adalah satu lagi perlawanan yang sangat penting untuk kami,” tambah Klopp.

“Kami mengembalikan tenaga esok  dan kemudian ke Chelsea untuk bersaing sekali lagi.”

Ketika Liverpool sedikit terjejas di akhir musim, kebangkitan lewat mengekalkan peluang Chelsea dengan empat kemenangan berturut-turut selain melangkah ke final Piala FA Inggeris.

Tottenham berada di tangga keempat – slot terakhir kelayakan Liga Juara-Juara – tetapi mempunyai baki perlawanan lebih muda menentang West Brom, Newcastle United dan Leicester untuk layak beraksi dalam Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut.

Kemenangan buat Spurs di West Brom akan memastikan pasukan tuan rumah tersingkir ke Liga Kejuaraan sementara Stoke City, di tangga kedua dari belakang liga, harus menamatkan 12 perlawanan tanpa menang apabila menentang Crystal Palace untuk mengekalkan peluang berada dalam Liga Perdana untuk musim hadapan.

Southampton berada di hadapan Stoke dan akan menentang kelab di hadapan mereka, Swansea City pada perlawanan hari Selasa.

Bagaimanapun, kedua-dua kelab boleh kembali ke saingan mengelak penyingkiran jika Southampton menewaskan Everton dan Swansea menewaskan Bournemouth.

Huddersfield juga tidak selamat kerana hanya tiga mata di atas zon penyingkiran dan akan menentang juara liga, Manchester City, yang memburu rekod mata, gol dan jumlah kemenangan musim ini.

Burnley boleh menjamin kelayakan ke Liga Europa musim hadapan jika mengutip satu mata di Arsenal atau jika Everton gagal menewaskan Southampton. — AFP

Advertisement