Anda di sini

Badminton persahabatan pengerat silaturahim kalangan pemain

Advertisement
KY MUSTAFA (duduk tiga kiri) merakamkan gambar bersama pemain sebelum perlawanan.
KY MUSTAFA (duduk tiga kiri) merakamkan gambar bersama pemain sebelum perlawanan.

KOTA KINABALU: Kelab KYBC yang dipimpin oleh Datuk KY Mustapa,  mantan Setiausaha Kerajaan Negeri selaku pengerusi kelab tersebut baru-baru ini telah mengadakan perlawanan badminton persahabatan bersama Jawatankuasa Teknikal Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan 100 PLUS/AMT SBA  bertempat di dewan Kompleks Sukan Likas.

Hadir sama menyerikan perlawanan berkenaan ialah Datuk Penyuki Matta, pengarah kejohanan Datuk Sr. Anthony Linggian, Datuk Haji Paiman, Naib Presiden SBA Amirul Hj. Jibar, Pengerusi

Teknikal SBA Ag. Damit @ Buchu, AMT SBA Sanif, Lily dan Sudirman serta beberapa lagi pemain dari Kelab KYBS.

PERLAWANAN Sumbangsih,  (dari kanan) Sudirman, Buchu, Penyuki dan Anthony. Keputusan seri 24-22/ 21-19.
PERLAWANAN Sumbangsih, (dari kanan) Sudirman, Buchu, Penyuki dan Anthony. Keputusan seri 24-22/ 21-19.

Menurut Penyuki, perlawanan persahabatan ini adalah sebagai program riadah untuk kesihatan selain mengeratkan lagi tali silaturahim di kalangan pemain kedua-dua pasukan.

"Dalam masa sama, aktiviti seumpama ini juga dapat memberi kesedaran khususnya  golongan veteran untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan bersukan," jelasnya.

PEMAIN dari AJK penganjur merakamkan gambar sebelum perlawanan.
PEMAIN dari AJK penganjur merakamkan gambar sebelum perlawanan.

Beliau berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bukan sahaja dalam masa kejohanan tertentu tetapi boleh dijalankan pada hujung minggu yang secara tidak langsung mampu mengisi masa lapang.

Advertisement