Anda di sini

Badak pertimbang ambil pemain baharu

Advertisement

KOTA KINABALU: Membawa masuk pemain baharu adalah antara yang dipertimbangkan Sabah apabila pintu perpindahan pemain dibuka bulan ini.

Ketua jurulatih, Jelius Ating berkata, sebarang tindakan yang boleh memantapkan pasukan wajar dilakukan jika ada peluang melakukannya.

Difahamkan bahawa kontrak dua pemain import dari Korea Selatan, Heo Jaenyong dan Lee Gil Hoon yang akan tamat bulan ini antara faktor untuk mereka mempertimbangkan perkara itu.

 

"Saya bukan cakap  Heo dan Lee  tidak bermain bagus, cuma kalau ada pemain yang lebih  bagus daripada mereka, saya fikir wajar untuk pertimbangkan bawa masuk pemain baharu.

"Lagipun kontrak mereka akan tamat bulan ini dan kebetulan pintu perpindahan pemain juga dibuka. Maknanya ada peluang dan ruang untuk buat sesuatu bagi memantapkan lagi pasukan," kata Jelius ketika ditemui semasa menyaksikan perlawanan Piala Belia Sabah menentang Felda United di Stadium Penampang pada Rabu.

Mengenai prestasi merudum pasukan gagal menang tiga perlawanan terakhir, Jelius berkata, perkara itu juga menyumbang idea untuk mendapatkan pemain baharu.

"Apapun ia adalah perkara biasa dalam bola sepak bahawa ada masanya prestasi pasukan merosot atau perancangan tidak menjadi. Bagaimanapun isunya di sini adalah bagaimana untuk bangkit semula.

"Belum kembali kepada prsatasi sebenar tetapi pasukan telah menunjukkan peningkatan ketika  seri 1-1 dengan JDT II (di Stadium Likas) pada Selasa lalu. Saya harap pasukan dapat semula rentak terbaiknya kerana masih ada 10 perlawanan di pusingan kedua," katanya.

JELIUS Ating
JELIUS Ating

Dua perlawanan di tempat lawan sebelumnya menyaksikan Sabah kalah 2-3 di tangan UKM FC dan kecundang 1-2 kepada Pulau Pinang.

Sabah menamatkan menamatkan pusingan pertama di tempat ketiga selepas mengumpul 14 mata dari 10 perlawnan dengan rekod tiga menang, lima seri dan dua kalah.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang JDT II semula untuk perlawanan pertama pusingan kedua di tempat lawan pada 11 Mei.

  • oleh
  • Advertisement