Anda di sini

Marlyn dinobat Unduk Ngadau Kaamatan Keningau

Advertisement

KENINGAU: Marlyn Bundoi, 20, dari Kampung Nuntunan, Apin-Apin dinobat Unduk Ngadau 2018 sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau dan Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018 di Padang Bandaran Keningau pada Selasa.

Beliau dinobatkan sebagai Unduk Ngadau setelah mengalahkan 26 peserta akhir Unduk Ngadau Keningau 2018.

Marlyn membawa pulang hadiah wang tunai, tiara, selempang, trofi, baucer makan dan kesihatan serta jambangan bunga.

MARLYN (duduk) diapit oleh Wendy (duduk, kanan) dan Alyssa (duduk, kiri).
MARLYN (duduk) diapit oleh Wendy (duduk, kanan) dan Alyssa (duduk, kiri).

Sementara itu, Wendy Inggu, 25, dari Taman Sabana dan Alyssa Natalia Stephen, 20, dari Kampung Rantai, Apin-Apin masing-masing meraih gelaran naib juara dan pemenang tempat ketiga.

Mereka turut membawa pulang hadiah wang tunai, trofi, baucer makan dan kesihatan serta jambangan bunga.

Pemenang tempat keempat disandang oleh Cherlyne David, 25, dari Kampung Biah Ring, tempat kelima Nicole Alvera, 18, dari Kampung Liau Laut, tempat keenam Sarah Pagbunucan Albert, 19, dari Rumah Murah JKR Keningau manakala tempat ketujuh Thamicka Boyed Mojiun, 23, dari Kampung Ontolob, Bingkor.

Pemahkotaan Unduk Ngadau Keningau 2018 disempurnakan oleh Pengerusi Unduk Ngadau Negeri Joanna Kitingan.

 

Advertisement