Anda di sini

Larian Amal Save Life kumpul dana RM10,000

Advertisement

KOTA KINABALU: Larian Amal Save Life kali kedua berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM10,000.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Sabah Datuk Ag Buhtamam Ag Mahmun berkata, dana itu adalah untuk membantu Unit Hemodialisis Hospital Queen Elizabeth (HQE) dalam pelbagai perkara.

"Program larian amal kali kedua bertamakan Kidney Run pada tahun ini adalah bagi membantu membantu Unit Hemodialisis HQE dan juga pesakit-pesakit buah pinggang di Sabah.

"Pelbagai manfaat yang boleh diperoleh melalui kutipan dana ini. Antaranya adalah, menyediakan keperluan-keperluan di Unit Hemodialisis dan mengurangkan bebanan pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Larian Amal Save Life Kedua (Kidney Run) di sini baru-baru ini.

BUHTAMAM (lima kiri) menyerahkan replika cek dana berjumlah RM10,000 kepada Unit Hemodialisis HQE.
BUHTAMAM (lima kiri) menyerahkan replika cek dana berjumlah RM10,000 kepada Unit Hemodialisis HQE.

Katanya, selain memperkenalkan DPMM kepada orang ramai berkenaan usaha menjalankan pelbagai inisiatif membantu masyarakat yang lebih memerlukan, program itu juga mewujudkan tabung khas agar pesakit-pesakit buah pinggang mampu menerima rawatan di HQE.

"Melalui program amal, ia juga memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga buah pinggang dan menjalankan gaya hidup sihat.

"Dengan penyertaan kira-kira lebih 1,000 peserta, kita berjaya mengutip sejumlah RM10,000, dan dana ini akan disalurkan kepada tabung dana khas Unit Hemodialisis HQE," jelasnya.

Beliau juga berharap kutipan tabung berkenaan tidak akan terhenti selepas tamat program itu.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

Advertisement