Anda di sini

Pecah amanah: Bekas jurujual dibebas

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mampu menarik nafas lega, apabila dibebaskan atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang jualan syarikat sebanyak RM14,684.50.

Hakim Mahkamah Sesyen Ainul Mohamad Shahrin membebaskan tanpa melepaskan David Chin, 39, yang didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Keputusan itu dilakukan, setelah pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pengadu sudah membuat laporan polis untuk menarik kes terbabit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pekerja yang diberikan amanah didapati menggunakan wang terbabit untuk diri sendiri.

Kesalahan dilakukan pada 22 Ogos hingga 19 Oktober 2016 di Syarikat Dura Foam Sdn Bhd, Kampung Hubah, Jalan Peter Mojuntin, daerah Penampang.

Pengadu yang hadir di mahkamah mengesahkan, pernah membuat laporan polis terhadap tertuduh yang pernah bekerja sebagai jurujual di syarikat terbabit.

Bagaimanapun beliau memberitahu ingin menarik kes berkenaan, kerana tertuduh sudah membayar wang terbabit.

  • oleh
  • Advertisement