Anda di sini

Kumpulan ‘NSync ‘bersatu kembali’ untuk bintang Hollywood

Advertisement
 Justin bersama Joey, JC, Lance dan Chris semasa mendedahkan bintang Walk of Fame kelmarin. — Gambar Reuters
BERSATU: Justin bersama Joey, JC, Lance dan Chris semasa mendedahkan bintang Walk of Fame kelmarin. — Gambar Reuters

JERITAN peminat menyambut bekas ‘boy band’ ‘NSync, sama seperti apa yang berlaku pada abad yang lalu, ketika kumpulan yang membantu melonjakkan nama Justin Timberlake sehingga menjadi seorang bintang pop terkemuka diberi penghormatan dengan bintang mereka sendiri di Walk of Fame Hollywood pada Isnin lepas.

Justin Timberlake bersatu semula dengan Lance Bass, JC Chasez, Joey Fatone dan Chris Kirkpatrick di Boulevard Hollywood untuk memperkenalkan terazo lambang dan bintang yang menjadi salah satu tarikan pelancong utama di bandar raya itu.

“Kami benar-benar sebuah keluarga,” kata Justin, 37, berucap di khalayak.

“Saya tidak rasa saya boleh meluahkannya dengan kata-kata betapa pentingnya anda berempat kepada saya. .... Saya begitu sayangkan anda semua,” tambahnya.

Salah satu kumpulan paling berjaya era pop remaja yang turut melancarkan kerjaya Britney Spears dan Christina Aguilera, ‘NSync disambut dengan jeritan-jeritan penuh kasih dan nyanyian spontan untuk lagu ‘Tearin’ Up My Heart’ daripada peminat mereka.

Album kedua kumpulan itu, ‘No Strings Attached’ pada tahun 2000, memegang rekod AS untuk jualan minggu pertama dengan 2.41 juta selama 15 tahun.

Kali terakhir ‘NSync mengeluarkan sebuah album muzik baru adalah pada tahun 2001 dan membuat persembahan bersama sepenuh masa pada 2002.

Mereka membuat persembahan terakhir bersama di MTV Music Video Awards 2013.

‘NSync telah menjual lebih daripada 40 juta rekod di seluruh dunia. Mereka telah ditubuhkan pada 1995 di Orlando, Florida.  — Reuters

Advertisement