Anda di sini

Skuad Batalion Ke-8 Rejimen Sempadan mengungguli Sepak Takraw Briged 31

Advertisement
 Juara (kanan) dan naib juara (kiri) bersama Fadzil (berdiri tengah) dan pegawai-pegawai memerintah Briged Ke-31 Infantri serta ahli-ahli jawatankuasa penganjur.
TAHNIAH: Juara (kanan) dan naib juara (kiri) bersama Fadzil (berdiri tengah) dan pegawai-pegawai memerintah Briged Ke-31 Infantri serta ahli-ahli jawatankuasa penganjur.

BINTULU: Skuad Batalion Ke-8 Rejimen Sempadan mengungguli Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Briged Ke-31 Infantri setelah menewaskan Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan pada perlawanan akhir di Stadium Muhibah Bintulu petang kelmarin.

Berikutan itu, Batalion Ke-7 merupakan penganjur kejohanan dinobatkan sebagai naib juara.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Panglima Briged Ke-31 Infantri Brigedier Jeneral Datuk Fadzil Tajudin.

Pertandingan tersebut disertai Batalion Ke-6, 7, 8, 9 dan 10 Rejimen Sempadan Briged Ke-31 Infantri bermula pada 24 April dan berakhir 27 April disertai semua unit di bawah naungan Briged Ke-31 Infantri.

Fadzil berkata, kejohanan itu untuk meningkatkan nilai dan kerjasama sekali gus memantapkan usaha dan kerja-kerja

dilaksanakan oleh warga briged.

“Saya berharap pertandingan sukan diteruskan supaya matlamat mengerat silaturahim, semangat juang dan kerjasama dapat diperkukuh serta mampu meningkatkan kesihatan diri,” katanya.

Menurutnya, kita mengadakan dari semasa ke semasa kejohanan ini serta diteruskan pada tahun akan datang.

“Kepada yang kalah pertandingan jangan berputus asa sebaliknya mencapai kejayaan cemerlang masa hadapan yang penting persiapan betul dan latihan maka berjaya,” tambahnya.

Beliau berharap kejohanan itu dapat mencungkil bakat-bakat anggota Briged Ke-31 Infantri dalam acara sukan dan setiap unit mempunyai pemain-pemain berwibawa.

“Saya harap Briged Ke-31 Infantri dapat menonjol dalam acara sukan di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka,” katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Pegawai Memerintah Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan, Leftenan Kolonel Rokaib Ahmad serta seluruh jawatankuasa penganjur kejohanan tersebut.

Justeru, menyeru warga Briged Ke-31 Infantri yang dipilih mewakili briged mempamerkan mutu sepak takraw lebih baik di peringkat 1 Divisyen.

Advertisement