Anda di sini

LISUS: Pasukan wakil Bintulu digesa bersaing dengan penuh semangat kesukanan

Advertisement
 Teo (tengah) mengibarkan bendera melepaskan pasukan Bintulu yang bersaing pada LISUS Peringkat Negeri di Miri pada Sabtu dan Ahad ini.
PELEPASAN: Teo (tengah) mengibarkan bendera melepaskan pasukan Bintulu yang bersaing pada LISUS Peringkat Negeri di Miri pada Sabtu dan Ahad ini.

BINTULU: Pasukan-pasukan mewakili Bahagian Bintulu dalam empat acara sukan pada Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) peringkat negeri di Miri pada Sabtu dan Ahad ini digesa  bersaing dengan penuh semangat kesukanan.

Pembantu Peribadi Datuk Seri Tiong King Sing, Teo Ho Ping berharap semua pasukan terlibat meningkatkan prestasi dan berjuang dengan penuh semangat kesukanan tinggi.

“Ini bagi memastikan agar pasukan-pasukan kita dapat mencapai kemenangan yang disasarkan,” katanya pada majlis ringkas pelepasan 70 pemain dari lima pasukan termasuk pengurus, jurulatih dan pegawai dari Bintulu ke Miri di sini semalam.  

Hadir sama Pegawai Belia dan Sukan Bintulu, Kigen Satong dan Pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Bintulu, Abdul Rashid Ibrahim semalam.

Empat acara disertai pasukan Bintulu ialah bola sepak 9 sebelah, futsal lelaki dan wanita, sepak takraw dan bola jaring.

Acara LISUS peringkat negeri untuk memilih wakil negeri ke peringkat kebangsaan dan semua negeri bersaing dan bertanding merebut kejuaraan.

Pasukan mewakili Bintulu dalam empat acara sukan itu untuk bola sepak 9 Sebelah ialah skuad Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) BINDA Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), sepak takraw (regu Putra), futsal lelaki dan wanita (MZJ FT dan F10 United) dan bola jaring (Athena iaitu pasukan dari Belaga).

Pengurus dan jurulatih skuad KSR BINDA ialah Rosini Yalin dan Anai Igang, pengurus regu sepak takraw Putra, Stanly Nyulang, pengurus dan jurulatih futsal lelaki MZJ FT, Mohd Zaifulfadillah Junaidi dan Alistair Edmond, pengurus futsal wanita F10 United ialah Sherry Anyi dan dua jurulatihnya, Daisy Saoh dan Mohamad Hamid Abd Ghani.

Manakala pasukan bola jaring Athena dikendali dua pengurus iaitu Petrus Isah Gudang dan Shirley Michael Slee serta seorang jurulatih, Batrice Bulan Unak.

Advertisement