Anda di sini

Operasi tentera Malaysia-Indonesia kekang aktiviti langgar undang-undang di sempadan

Advertisement
 Mohd Bustaman dan Bambang merakamkan kenangan bersama anggota TDM dari kedua-dua negara pada perasmian PATKOR Siri 1/2018 di Tebedu.
KERJASAMA: Mohd Bustaman dan Bambang merakamkan kenangan bersama anggota TDM dari kedua-dua negara pada perasmian PATKOR Siri 1/2018 di Tebedu.

BATALION Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja selaku wakil Tentera Diraja Malaysia (TDM) dan Batalion Infantri 642/ Kapuas selaku wakil Tentera Nasional Indonesia (TNI)-Angkatan Darat (AD) kini melakukan operasi bersama mulai 21 hingga 30 April ini di Tebedu.

Patroli terkoordinasi itu dilaksanakan kerana wujudnya aktiviti yang melanggar undang-undang di kedua-dua belah sempadan negara.

Antara aktiviti yang melanggar undang-undang ialah seperti penyeludupan barangan terkawal, pembalakan haram, kemasukan pendatang asing tanpa izin dan lain-lain yang boleh mencemarkan keamanan dan keselamatan kedua-dua negara sekiranya tiada atau kurangnya kawalan agensi keselamatan oleh kedua-dua belah pihak.

 Acara perbarisan ATM pada perasmian PATKOR Siri 1/2018 di Tebedu, baru-baru ini.
SIAP SEDIA: Acara perbarisan ATM pada perasmian PATKOR Siri 1/2018 di Tebedu, baru-baru ini.

Program bilateral yang berlangsung selama 10 hari tersebut akan turut mengadakan aktiviti bersama seperti bersukan dan program jiwa murni TDM  dan TNI-AD di kawasan sempadan negara dengan penglibatan penduduk setempat.

Aktiviti ini merupakan kesinambungan daripada Unit Commanders Meeting Siri 1/2018 yang telah berlangsung pada Februari lalu.

Selain daripada tanggungjawab dan amanah yang dipikul demi keselamatan dan kesejahteraan dua negara tersebut, akitiviti ini turut memupuk kesefahaman dalam membuat keputusan dan tindakan sekiranya terdapat ancaman di sempadan.

Turut hadir semasa acara pembukaan Patroli Terkoordinasi (PATKOR) Siri 1/2018 ialah Briged Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin, Panglima 3 Briged dan Briged Jeneral TNI Bambang Ismawan.

 
  • oleh
  • Advertisement