Anda di sini

Malaysia negara pertama hubungkan sekolah dengan pelantar pembelajaran atas talian

Advertisement
Salleh (kanan) menyampaikan Chromebook kepada Pengetua SMKA Tun Said Rafihi Derim Wasihim.
Salleh (kanan) menyampaikan Chromebook kepada Pengetua SMKA Tun Said Rafihi Derim Wasihim.

KOTA BELUD: Malaysia menjadi negara pertama di dunia menghubungkan kesemua 10 ribu sekolah dengan pelantar pembelajaran atas talian.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, melalui pelantar Frog Virtual Learning

Environment (Frog VLE) seramai 10 juta pelajar, guru serta ibu bapa dapat dihubungkan.
"Frog VLE turut mewujudkan trend baharu seperti globalisasi, mobiliti, kolaborasi, evolusi dalam pembelajaran dan pengajaran serta penggunaan teknologi yang maksima.

"Melalui pelantar ini juga, sikap menuntut dan mencari ilmu tanpa ada kerjasama atau sikap 'working in silos' dapat dipecahkan demi kepentingan bersama," jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pelancaran Sekolah Hub Frog Classroom Daerah Kota Belud di Sekolah Menengah Agama Tun Said, di sini pada Rabu.

Salleh berkata, pembangunan negara yang kukuh terletak pada kejayaan negara melahirkan modal insan yang berkualiti memenuhi ciri keperluan abad ke-21.

Salleh (berdiri) mendengar pengalaman salah seorang pelajar menggunakan pelantar Frog VLE.
Salleh (berdiri) mendengar pengalaman salah seorang pelajar menggunakan pelantar Frog VLE.

"Bagi tujuan itu, kita perlu mengenal pasti dan menggunakan pendekatan terbaharu, membangunkan modal insan yang berketrampilan dan mempunyai bakat menghadapi persaingan, menyumbang kepada penyelesaian cabaran semasa akan datang dan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negara," jelasnya.

Beliau turut berharap pelantar berkenaan dapat diwujudkan di institusi pengajian tinggi (MTUN) sebagai saluran kolaborasi yang dapat memperkayakan khazanah ilmu.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul, Pengarah Eksekutif Komunikasi YTL Dato' Yeoh Soon Keng dan Pengarah Eksekutif Frog Asia Sdn Bhd Yeoh Pei Lou.

Advertisement