Anda di sini

Wanita BN Sarawak berusaha tawan semula 4 kerusi parlimen

Advertisement
(dari lima kiri) Menteri Muda Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Fatimah dan Rosey menunjukkan tanda bagus bersama-sama Pergerakan Wanita Zon Miri di sini semalam.
(dari lima kiri) Menteri Muda Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Fatimah dan Rosey menunjukkan tanda bagus bersama-sama Pergerakan Wanita Zon Miri di sini semalam.

MIRI: Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) Sarawak akan berusaha gigih untuk merampas kembali empat kerusi 'panas' milik pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ia membabitkan kawasan Parlimen Miri, Sibu, Sarikei dan Stampin.

"Pergerakan Wanita BN Sarawak akan bekerja keras bagi membantu calon BN bagi merampas kembali empat kerusi milik pembangkang termasuk kerusi Miri," katanya ketika ditemui pada Program Turun Padang Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB Sarawak bersama Komponen Wanita BN Zon Miri semalam.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak itu pada masa sama menekankan, 25 lagi kerusi milik BN perlu dipertahankan.

"Saya telah mengarahkan agar semua Ketua Wanita PBB Sarawak dan Komponen BN agar mengerakkan jentera bagi mendekati pengundi," jelasnya.

Fatimah berkata selain faktor pemilihan calon, paling penting adalah jentera pilihan raya yang bergerak dari peringkat akar umbi merapati pengundi.

"Adalah sangat penting bagi semua jentera pilihan raya bekerjasama dan saling melengkapi antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan besar kepada BN," katanya.

Fatimah dalam perkembangan sama merakam penghargaan dengan Pengerusi BN Pusat dan BN Negeri selepas mengumumkan enam calon wanita bertanding pada pilihan kali ini.

Tiga muka baharu wanita yang disenaraikan untuk mewakili BN ialah Kho Teck Wan di Parlimen Bandar Kuching, Rita Sarimah Patrick Insol (Selangau) dan Datuk Hanifah Hajar Taib (Mukah).
 

  • oleh
  • Advertisement