Anda di sini

Kerajaan negeri lulus RM5 juta untuk bangun tebingan sungai Batu Kawa

Advertisement
 

KUCHING: Kerajaan negeri meluluskan RM5 juta bagi membangunkan projek pembinaan tebingan Batu Kawa.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (gambar) berkata, projek itu apabila siap kelak akan meningkatkan lagi gaya hidup sihat penduduk di kawasan berkenaan sebagai pusat rekreasi.

"Tadi Datuk Dr Sim Kui Hian (Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kawa) mohon projek tebingan sungai Batu Kawa yang menelan kos RM5 juta.

"Saya telah semak ada kewangan RM5 juta dan dengan itu saya meluluskan ia untuk tebingan sungai Batu Kawa," katanya berucap merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak di Dataran MJC di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. 

Terdahulu, Dr Sim dalam ucapannya memohon dana bagi projek berkenaan.

Katanya, Batu Kawa memerlukan pusat atau tempat rekreasi seperti tebingan sungai untuk masyarakatnya.

"Kami mahu membina sebuah tempat rekreasi seperti tebingan sungai Batu Kawa yang kami cadangkan dengan nilai kos RM5 juta," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement