Anda di sini

Program Pusat Maklumat Rakyat dapat sambutan hangat

Advertisement
 Rosmina (tujuh kiri) menerangkan sesuatu kepada penduduk Kampung Kupang pada Program Pusat Maklumat Rakyat, baru-baru ini.
KONGSI MAKLUMAT: Rosmina (tujuh kiri) menerangkan sesuatu kepada penduduk Kampung Kupang pada Program Pusat Maklumat Rakyat, baru-baru ini.

PROGRAM Pusat Maklumat Rakyat anjuran Jabatan Penerangan Daerah Saratok di Kampung Kupang, dekat Saratok mendapat sambutan yang menggalakkan, baru-baru ini.

Jabatan itu diketuai Ketua Unit Darat Jabatan Penerangan Daerah Saratok Rosmina Abang yang dibantu Ainie Elah dan Marcellus Andam, berada di kampung tersebut bagi memberikan panduan ketika mengundi.

“Kita berada di sini bukanlah untuk berkempen tetapi untuk menerangkan kepada penduduk kampung mengenai perkara berkaitan semasa turun mengundi.

“Selain itu, ia juga untuk menyebarkan polisi kerajaan dan dasar-dasarnya kepada penduduk setempat, serta menerangkan mengenai fungsi Jabatan Penerangan,” katanya semasa ditemui pada program tersebut yang diadakan di Masjid Kampung Kupang.

Menurutnya, mereka juga turut mengingatkan penduduk setempat agar turun mengundi beramai-ramai dalam menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap negara.

Tambahnya, selain kampung tersebut, mereka turut berkunjung ke kampung-kampung lain dalam melaksanakan program yang sama.

Pada program tersebut, Rosmina serta kakitangannya mengagihkan risalah berkenaan panduan berguna kepada penduduk setempat.

Pusat Maklumat Rakyat dianjurkan sempena dengan Program Pencernaan Minda anjuran Jabatan Penerangan.

  • oleh
  • Advertisement