Anda di sini

Cubaan seludup masuk arak di Felda Sahabat tumpas

Advertisement
Barangan rampasan bersama bot pancung dibawa ke Pos Maritim Felda Sahabat untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Barangan rampasan bersama bot pancung dibawa ke Pos Maritim Felda Sahabat untuk siasatan dan tindakan lanjut.

LAHAD DATU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Lahad Datu telah merampas sejumlah 108 botol arak dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini dari negara jiran, di sini pada Jumaat malam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.00 malam itu, turut disita sebuah bot pancung.

Timbalan Pengarah Operasinya, Leftenan Maritim Muhammad Zarif Mat Yunus berkata, pihaknya yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan tanggungjawab telah mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan berhampiran perairan Felda Sahabat yang cuba menyusup masuk ke Kampung Pangkalan, Felda Sahabat.

"Bot suspek meluncur laju ke arah pesisir pantai dan tekong bertindak terjun ke laut meninggalkan bot pancung tersebut sebaik sahaja menyedari kehadiran bot maritim.

"Pemeriksaan ke atas bot menemukan 96 botol arak jenama Tanduay Rhum dan 12 botol arak berjenama Red Horse Beer bernilai RM4,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

  • oleh
  • Advertisement