Anda di sini

Simpan barang kawalan, wanita didenda RM10,000

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang menyimpan barang kawalan berjadual, dikenakan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan, oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Sitti Sisa Magsaysay, 40, yang tidak diwakili peguam dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Ainul Shahrin Mohamad, selepas mengaku bersalah.

Tertuduh didapati menyimpan minyak petrol 750 liter di dalam 30 unit jerikin, di dalam sebuah kapal, tanpa kebenaran daripada Pengawal Bekalan.

Kesalahan dilakukan pada 29 Ogos 2012 jam 7.30 malam, di Jeti Angkasa Baru, daerah Kudat.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961, denda maksimum RM100,000 atau penjara selama tempoh tiga tahun, atau kedua-duanya.

 
  • oleh
  • Advertisement