Anda di sini

‘Lelaki tiga wajah’ selepas pemindahan wajah kedua

Advertisement
 Gambar serahan Hospital Europeen Georges-Pompidou kelmarin menunjukkan           proses pemindahan wajah kedua dijalankan ke atas Hamon di hospital tersebut. — Gambar AFP
KALI KEDUA: Gambar serahan Hospital Europeen Georges-Pompidou kelmarin menunjukkan proses pemindahan wajah kedua dijalankan ke atas Hamon di hospital tersebut. — Gambar AFP

PARIS: Jerome Hamon sudah membiasakan diri dengan gelaran baharunya “lelaki dengan tiga wajah”.

Dia masih berada di sebuah hospital di Paris, tiga bulan selepas dia menjalani pemindahan wajah kedua, tetapi sudah menerima “identiti” baharunya dengan cepat.

Wajah baharunya masih licin dan tidak dapat bergerak, dengan tengkorak, kulit dan raut wajah yang belum lagi disejajar sepenuhnya, satu proses perlahan yang bergantung kepada ubat ‘immunosuppressant’ yang diharap dapat menghalang badannya daripada menolak bahan pindahan.

“Saya rasa sangat sihat dalam diri saya,” kata penerima pindahan berusia 43 tahun itu kepada pemberita pada minggu lepas ketika dia meneruskan pemulihannya daripada pembedahan yang dijalankan pada 15 dan 16 Januari.

“Saya tidak sabar lagi mahukan membuang semua ini,” ujarnya, yang bercakap dengan sukar selepas menjalani rawatan penting untuk menjadi lelaki pertama yang menerima dua pemindahan wajah.

Pencapaian luar biasa ini dijalankan dengan susah payah oleh kakitangan Hospital Eropah Georges-Pompidou di Paris, dan Laurent Lantieri, seorang profesor dalam pembedahan plastik, yang membimbing pasukan dalam prosedur pelbagai langkah.

Ia adalah satu pertemuan semula yang aneh bagi pesakit dan doktor kerana ia adalah Lantieri yang menjalankan pemindahan wajah sepenuhnya yang pertama di dunia, termasuk duktus air mata dan kelopak mata, ke atas Hamon di sebuah hospital di luar Paris pada Julai 2010.

Hamon mengalami ‘neuro-fibromatosis’ jenis 1, mutasi genetik yang menyebabkan tumor pencacat yang teruk serta kerumitan berkaitan.

Pemindahan wajah per-tamanya pada 2010 merupakan satu kejayaan. Namun pada tahun yang sama – untuk merawat sekadar demam selesema – dia diberi ubat antibiotik yang tidak serasi dengan rawatan ‘immunosuppressant’.

Pada 2016 dia mula mempamerkan tanda penolakan pemindahan, dan wajah baharunya menjadi semakin buruk.

Pada musim panas lalu Hamon dimasukkan ke hospital dan pada November lalu, wajahnya, yang mengalami nekrosis, terpaksa dibuang.

Dia ditahan di hospital tanpa wajah selama dua bulan, masa yang sangat susah, sementara mencari penderma yang serasi.

Kes luar biasa ini mende-dahkan seorang pesakit yang luar biasa.

Semua orang di hospital “kagum dengan keberani-an Jerome, keazamannya, kekuatan jati dirinya dalam situasi yang tragis. Ketika dia menunggu, dia tidak pernah merungut, malah anginnya baik,” imbau Bernard Cholley, seorang pakar bius.

Akhirnya seorang penderma wajah dijumpai, seorang lelaki berusia 22 tahun yang mati beberapa ratus kilometer dari Paris.

Lantieri mendengar berita itu pada suatu hari Ahad di bulan Januari dan pembedahan perubatan dan logistik yang amat besar dilancarkan dengan cepat.

Wajah penderma berkenaan dipindahkan secepat mungkin dengan mengguna-kan jalan darat pada hari Isnin ke hospital Georges-Pompidou di Paris.

Pada lewat pagi hari berikutnya, Hamon ditolak balik ke katilnya di hospital selepas pembedahan bersejarah itu, dan pasukan perubatannya memerhatikan tanda warna baik yang menggalakkan pada wajah baharunya.

Pembedahan itu menjawab soalan penting bagi Lantieri dan dunia perubatan: “Dapatkah kita menjalankan semula pemindahan wajah? Ya, kita dapat memindah semula dan inilah apa yang anda dapat!”

Untuk mengelak sebarang penolakan, pesakit menjalani rawatan darah khas selama tiga bulan sebelum pemindahan, jelas pakar nefrologi Eric Thervet.

Walaupun mengalami ke-resahan dan penderitaan, Hamon adalah seorang lelaki yang gembira lagi.

“Pemindahan pertama saya terima serta-merta. Saya sangka ‘ini adalah wajah baharu saya’ dan kali ini ia adalah sama,” jelasnya.

“Jika saya tidak menerima wajah baharu ini, ia pasti teruk. Ia adalah persoalan identiti. Tetapi kita di sini, ia bagus, ia adalah saya.”

Sekarang kira-kira 40 pemindahan wajah sudah dijalankan di seluruh dunia sejak yang pertama dilakukan ke atas wanita Perancis Isabelle Dinoire di utara Perancis pada 2005. — AFP

Advertisement