Anda di sini

Perodua terus keluarkan alat ganti untuk model Myvi lama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Nasional Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan terus mengeluarkan alat ganti bagi model Myvi yang lama melalui barisan pengeluaran alat ganti baharunya di Tanjung Malim, Perak.

Syarikat itu dalam satu kenyataan semalam, berkata barisan pengeluaran itu akan  dikendalikan oleh vendor Perodua, IQM Sdn Bhd di Proton City, yang akan menghasilkan komponen badan seperti penutup enjin, pintu, dapra, panel sesiku dan bumbung.

“Untuk keselamatan, keselesaan dan ketenangan fikiran pelanggan-pelanggan kami, kami memberikan komitmen bagi terus mengeluarkan komponen berkualiti  tinggi pada harga yang berpatutan untuk kenderaan Perodua mereka,” katanya.

 Selain daripada generasi kedua kereta Myvi dan Viva, komponen-komponen tulen generasi pertama Myvi, Kelisa dan juga Kancil akan terus dihasilkan oleh vendor Malaysia, katanya.

“Perodua dan IQM telah membina hubungan yang kukuh sejak beberapa tahun lepas, berdasarkan  kepercayaan, kualiti dan kesetiaan kepada pelanggan kami,” katanya. — Bernama

Advertisement