Anda di sini

Majlis pecah tanah kuil Sri Maha Mariaman baharu pada 29 April

Advertisement
 Manogaran (dua kanan) semasa melakukan upacara khas semalam.
SEMBAHYANG KHAS: Manogaran (dua kanan) semasa melakukan upacara khas semalam.

SIBU: Majlis pecah tanah projek pembinaan kuil Sri Maha Mariaman yang baharu di Jalan Orchid di sini dijangka diadakan pada 29 April ini.

Pengerusi kuil Manogaran Krishnasamy berkata, kuil bernilai RM1 juta itu akan memberikan keselesaan kepada penganut Hindu apabila siap kelak.

Katanya, ia turut memudahkan penganjuran aktiviti keagamaan yang lebih besar pada masa akan datang.

“Justeru, saya merayu agar lebih banyak pihak tampil menghulurkan sumbangan.

“Setakat ini, kerajaan pusat telah menyumbang sebanyak RM100,000, manakala RM100,000 lagi disumbangkan oleh orang ramai,” katanya semasa ditemui selepas upacara sembahyang khas, semalam.

Menurut Manogaran, sebahagian besar penyumbang dari kalangan orang ramai itu adalah kaum Cina, justeru beliau amat berterima kasih kepada mereka.

Advertisement